`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 5, 2019

Peguam: Anwar mahu lelaki jelas tuduhan ‘perbuatan keji’ seorang ahli politik dalam 7 hari

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim memberi masa 7 hari kepada lelaki, yang mencadangkan seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai “perbuatan keji” dan “tidak bermoral”, untuk menjelaskan kenyataannya pada satu sidang media semalam, kata peguamnya.
Ramkarpal Singh berkata Muhammad Yusoff Rawther, 26, juga diminta untuk menjelaskan sekiranya dia yang membuat suatu akuan berkanun (SD), yang dikatakan dibuat olehnya.
“Sekiranya beliau memang membuat SD tersebut maka tindakan mahkamah atau tindakan sivil akan diambil terhadapnya,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Ramkarpal menambah surat tuntutan sedang disediakan dan akan diserah kepada lelaki itu secepat mungkin.
Semalam, Yusoff mencadangkan seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai “perbuatan keji, teruk, tersembunyi dan berbahaya, dan tidak bermoral” terhadapnya, pada satu sidang media mengkritik pihak berkuasa kerana tidak bertindak atas laporan polis yang dibuatnya terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sebelum ini.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran dakwaannya, mengatakan ia sebahagian daripada akuan berkanunnya yang masih belum dimaklumkan.
Yusoff, cucu kepada pembela pengguna Pulau Pinang yang terkenal, SM Mohamed Idris, sebelum ini menuduh Farhash menyerangnya pada Mei, di pejabat presiden PKR itu di Petaling Jaya.
Anwar hari ini mengaitkan kenyataan Yusoff itu dengan peralihan kuasa perdana menteri, percaya ia muslihat untuk menjatuhkan imej menjelang proses itu dan kongres nasional tahunan PKR yang bermula malam ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut,” kata presiden PKR itu dalam kenyataan.
Setiausaha sulit Anwar membuat laporan polis terhadap Yusoff berhubung SD di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi siang tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.