`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 12, 2020

270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand

Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua 9 pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. (Gambar Bernama)
SONGKHLA: Seramai 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand berikutan penutupan pintu sempadannya dengan Malaysia pada 23 Mac untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata, sehingga kini, 433 rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang ke tanah air.
“Kini, 270 orang lagi masih menunggu kelulusan daripada gabenor di wilayah selatan.
“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sentiasa berunding untuk mendapatkan kebenaran membawa pulang rakyat Malaysia dalam tempoh terdekat,” katanya.
Difahamkan mereka yang terkandas kini menumpang di rumah saudara-mara di selatan Thailand dan ada yang menumpang di tempat mereka tinggal sebelum ini.
Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua 9 pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Di samping penutupan 9 pintu sempadan melalui darat atau air Thailand-Malaysia, penutupan sempadan turut dilaksanakan di semua pintu sempadan Thailand dengan negara jiran lain iaitu Laos, Kemboja dan Myanmar.
Muhammad Ridzuan turut menzahirkan penghargaan kepada syarikat yang prihatin dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand.
“Sumbangan itu kami akan sampaikan kepada mereka yang terkandas di sini,” katanya.
Antara yang menghulur sumbangan termasuk pengeluar produk makanan, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) Thailand. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.