`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 20, 2020

56 penghuni maahad tahfiz dipindah ke pusat kuarantin

a person walking down a dirt road: SEBAHAGIAN pelajar tahfiz berjalan kaki keluar dari perkarangan Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi ketika tinjauan di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. FOTO Aizuddin Saad© Provided by Harian Metro SEBAHAGIAN pelajar tahfiz berjalan kaki keluar dari perkarangan Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi ketika tinjauan di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. FOTO Aizuddin Saadnurul.hidayah@hmetro.com.my
SERAMAI 56 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, di Hulu Langat, dipindahkan ke pusat kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, hari ini.
Sepasukan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor terdiri daripada dua pegawai dan enam anggota bersama dua bas tiba di maahad tahfiz itu kira-kira jam 10 pagi.
Semua pegawai dan anggota JBPM itu dilihat memakai pakaian perlindungan diri dalam operasi terbabit.
Kerja pemindahan dalam operasi itu selesai selepas semua penghuni berkenaan dihantar ke ILIM pada jam 11.45 pagi.
Proses sanitasi juga dilakukan sebelum dan selepas pemindahan terhadap semua pegawai dan anggota JBPM bertugas serta kenderaan digunakan dalam operasi berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.