`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 27, 2020

Comment of the Week - By Parameswara on EMCO In Masjid India

2 More Buildings In KL Now On Lockdown, All Entrances Guarded With ...

parameswara said...

Hanya buat renungan teman2,

Semasa kawasan Masjid India ditutup rapi kerana EMCO, ada menteri tolol yang kata warga-warga negara asing di kawasan itu harus di jaga oleh kedutaan masing2. 

Menteri-Menteri tolol lupa mereka sendirilah (ia, yang berkuasa sebelum PRU14) sudah baham segala macam levi dan kos untuk memutihkan PATI dan untuk proses masukkan warga asing sebagai tenaga kerja di Malaysia. 

Wang yang di baham itu, hasil dari pekerja asing yang terpaksa gadai tanah2 dan kerbau2 mereka di kampung halaman supaya dapat bayar kos agen dan levi.

Kini mereka terperangkap, makanan dan air pun tak mau di beri. (Keadaan sekarang sudah pulih, kerana mentri-menteri jadi malu, kerana duta besar negara-negara tersebut sudah panggil menteri padukang tolol). 

Perkara yang sama terjadi masa ini di Selayang - dengan kekurangan beras dan barang makan lain - tapi mangsa terperangkap adalah rakyat Malaysia. 
MP kawasan itu pun di halang berjumpa warga di sana untuk agihkan barang makanan, sampai MP tersebut di heret ke Balai Polis.

Balik kepada Kawasan Masjid India.
  • Ada teman-teman saya - katakan lah mereka ini sering dikeji dan dicaci oleh walaun2 kerana mereka adalah warga bisnes malam di tengah kota - mak nyah dan geng-geng  yang jaga perihal mereka. 
  • Grup inilah yang siapkan makanan dan hantar ke Masjid India, dengan bungkusan barang keperluan peribadi, seperti sabun, tuala wanita dan sebagainya. 
  • Keikhlasan ini dilakukan oleh mereka sendiri tanpa ada orang lain pujuk atau paksa mereka, benda ini dilakukan dengan wang kocek sendiri dan kutipan dari antara teman-teman mereka yang sewaktu dengan mereka - faham-faham lah. 
  • Foto-foto agihan makanan dan bungkusan ada pada saya, kerana mereka (Grup penderma ini) tidak ingin publicity.

Bagi ku, mereka ini lebih NOBLE dan MULIA dari yang walaun2 yang pakai jubah dan jacket, pung pang, pung pang sana sini dengan khutbah, BMF, zakir naik etc, etc.
Diriku pasti mereka ini lah, yang akhir waktu nanti jadi makhluk2 pertama ke Shurga/Nirvana dan Heaven.

Salam 

Monday, April 27, 2020 6:41:00 AM

OSTB : Saudara Parameswara, kalau ada gambar boleh hantar kepada saya di ali.syedakbar@gmail.com. Saya boleh 'samarkan' muka untuk elak perhatian daripada busybody.

Syabas bro. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.