`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 7, 2020

Covid-19 uji manusia bersabar selepas diberi kesenangan, kata Hadi

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak terutama umat Islam supaya lebih bersabar menghadapi ujian susulan krisis Covid-19.
Beliau berkata ujian ini perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan jika orang Islam guna kebijaksaan melalui petunjuk agama itu dalam semua perkara.
“Ingat mesti sabar masa susah. Dalam masa pendek ini. Kita sudah senang berpuluh tahun. Datang susah tak sampai sebulan, 2 bulan atau 3 bulan bukan setahun.
“Masa senang lebih panjang berkali ganda dari susah ini. Adakah kita tak bersyukur, masa senang kita leka,” katanya menerusi ceramah menghadapi pandemik itu yang disiarkan di Facebook.
Hadi berkata orang beriman yang menghadapi ujian Covid-19 merupakan satu rahmat dan mendapat kelebihan syahid.
“Barang siapa yang berada dalam bencana dia sabar. Ingat qada dan qadar Allah dan ikhtiar, sabar ujian itu, maka dia dapat kelebihan syahid.
“Ini bermakna dalam kita ikhtiar hadapi wabak ini, kita dapat kelebihan dalam ujian. Ini untuk orang Islam yang beriman yang percaya janji Allah.
“Sama ada ditimpa penyakit itu sabar dan meninggal dunia, syahid. Atau mereka bertugas untuk selamatkan manusia dia sabar, dia mati, syahid.
“Kalau tak mati, selamat, dia syukur dapat pahala, syahid,” katanya.
Pada 31 Mac lalu, Hadi berkata orang Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 dianggap syahid akhirat.

Hadi berkata, ini kerana kematian mereka disebabkan mudarat akibat penularan wabak maut itu selepas berusaha dan berikhtiar termasuk mendapatkan rawatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.