`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 19, 2020

Dr Dzulkefly Sudah Lupa?

(Malaysia Gazette) – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang membangkitkan persoalan mengapa polis meluluskan perhimpunan tabligh pada 13 Februari lalu sebagai seorang individu yang mudah lupa.
Sedangkan, katanya, bekas Menteri Kesihatan itu yang memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kenyataan itu dibuat oleh Dr Dzulkefly sehari sebelum kelulusan kebenaran perhimpunan tersebut dikeluarkan.
Komen tersebut dibuat selepas ditanya mengenai saranan WHO supaya Malaysia membuat persediaan bagi kemungkinan penyebaran lebih meluas Covid-19 yang telah menjangkiti lebih puluhan ribu orang dan meragut nyawa lebih 1,000 orang di China.

Dalam maklum balas terhadap kenyataan WHO itu, Dr Dzulkefly berkata, kenyataan WHO bahawa jangkitan Covid-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.
Malah, Dr Dzulkefly berkata, jika Malaysia sampai ke tahap yang disebutkan oleh WHO, kerajaan sentiasa bersedia menangani penularan wabak itu.
Najib berkata, Pakatan Harapan (PH) yang melawan dan memandang rendah amaran WHO.
”Melayu (PAN) mudah lupa,” katanya.
Isu ini tercetus apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal membendung kluster himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Dr Adham berkata, sekiranya kerajaan PH ketika itu berjaya membendung penularan Covid-19, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan yang kecil.
Rentetan dari itu beberapa pemimpin pembangkang termasuk Dr Dzulkefly meminta Dr Adham bertanya kepada Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk rekod, Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri semasa pentadbiran PH.
Kata Dr Dzulkefly: ”Umum mengetahui pihak yang bertanggungjawab beri (kelulusan) himpunan besar sama ada Thaipusam, himpunan agama Hindu di Pulau Pinang, termasuk himpunan tabligh adalah menteri dalam negeri, iaitu Perdana Menteri ke-8 pada masa ini”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.