`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 10, 2020

Jemaah tabligh Malaysia, India, Pakistan diburu pihak berkuasa

Kira-kira 20,000 jemaah tabligh dikuarantin di Pakistan, manakala 600 lagi disahkan positif Covid-19 (Gambar AP)
ISLAMABAD: Jemaah tabligh menjadi tumpuan kontroversi yang semakin meningkat di Asia Selatan selepas mereka berulang kali mengadakan perhimpunan besar-besaran walaupun terdapat amaran mengenai Covid-19.
Ratusan pengikut Tablighi Jamaat diuji positif Covid-19 sejak mereka menghadiri satu perhimpunan bulan lalu, namun kumpulan itu masih menghantar pendakwah mereka dari pintu ke pintu – kadang-kadang tanpa memerhatikan garis panduan sosial.
Gerakan tabligh itu mengadakan perhimpunan di luar Lahore di Pakistan timur dengan kira-kira 100,000 peserta.
Beribu-ribu lagi berkumpul di perjumpaan berasingan di India dan Malaysia walaupun terdapat risiko jangkitan Covid-19.
Menteri Kesihatan Delhi, Satyendar Jain menggambarkan perhimpunan di India – yang diadakan di ibu pejabat gerakan itu – sebagai “jenayah berat”.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa Pakistan dan India melancarkan buruan besar-besaran ke atas peserta untuk menjalani saringan atau kuarantin terhadap mereka bagi memperlahankan penyebaran Covid-19.
Di Pakistan, kira-kira 20,000 peserta tabligh kini berada di kemudahan kuarantin. Lebih 600 diuji positif Covid-19.
Sekurang-kurangnya 10 orang daripada perhimpunan di India meninggal dunia akibat Covid-19.
Seorang pegawai kementerian kesihatan berkata terdapat 4,067 kes Covid-29 di negara itu, kira-kira 1,445 dikaitkan dengan perhimpunan tersebut.
Khurshid Naveed, ahli Majlis Agama Islam Pakistan, berkata Tablighi Jamaat menghadapi tekanan yang semakin meningkat kerana perhimpunan itu dan kerja dakwahnya.
“Mereka perlu menimbang semula dasar mereka. Negara-negara seperti Malaysia sangat bersimpati terhadap mereka,” katanya.
Kira-kira 40% jangkitan Covid-19 Malaysia dikaitkan dengan perhimpunan tabligh yang diadakan di Kuala Lumpur.
Selain peserta tabligh tempatan, perhimpunan di Pakistan, India dan Malaysia juga menerima peserta dari negara lain.

Jangkitan di beberapa lokasi lain – termasuk Gaza, Indonesia, Kemboja dan Brunei – dikaitkan dengan jemaah terbabit. - FMT

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.