`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 22, 2020

Jualan kepada pemborong kekal, Bernas beritahu MTEM

MTEM berkata, peruncit beras terpaksa menerima margin keuntungan yang sangat kecil kerana tidak boleh menaikkan harga runcit sesuka hati.
PETALING JAYA: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkata harga jualan kepada pemborong adalah kekal dan tidak berubah untuk beras putih tempatan dan beras import sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam satu kenyataan, Bernas berkata walaupun harga beras di pasaran dunia meningkat berikutan wabak Covid-19, Bernas tetap terus komited memantau serta
memastikan harga pasaran beras kekal stabil serta berpatutan.
“Sebarang lebihan harga kos atau operasi akan dibiayai oleh Bernas sendiri,” katanya.
Bernas berkata demikian merujuk kenyataan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahad lalu yang mendakwa mendapat aduan daripada Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) dan ahlinya yang terlibat dalam bidang pemborongan beras bahawa mereka semakin tertekan dengan kenaikan harga borong beras.
Ketua pegawai eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, PPBMM tidak boleh menjualnya semula dengan harga lebih tinggi di pasaran.
Bernas berkata dalam menghadapi Covid-19, beberapa negara mengalami kenaikan harga makanan asas seperti beras dan ini sekaligus menimbulkan kebimbangan bekalan sukar diperolehi oleh sesetengah masyarakat.
Katanya, seperti yang dinyatakan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MOA) serta kementerian lain yang berkaitan, keadaan keselamatan dan bekalan makanan negara adalah terkawal.
“Bekalan beras yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia mudah diperolehi dan harga beras di pasaran runcit masih kekal sebagaimana sebelum penularan wabak Covid-19,” katanya.
Bernas juga menafikan kenyataan MTEM berhubung ia diberikan subsidi dan MOA memonopoli beras import adalah sangat tidak berasas.
Katanya, Bernas akan terus melestarikan tanggungjawabnya kepada rakyat dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras.
“Bernas juga menjalankan obligasi sosial negara antaranya dalam sektor pengimportan beras, pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, menguruskan Skim Pengilangan Padi Bumiputera, membeli padi daripada petani pada harga terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada petani.
“Bernas juga akan terus bekerjasama dengan MOA dalam memastikan kelangsungan industri,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.