`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 10, 2020

Kit Siang Berhentilah Ratib Sidang Parlimen

(Ismaweb) – Pemimpin veteran parti tamak haloba DAP, Lim Kit Siang patut berhenti meratib sidang Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan taktik politik yang sama.
Pemimpin parti cauvinis itu seolah-olah tidak peka yang rakyat kini sedang berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya.
“Tindakan Kit Siang ini hanya akan membuat rakyat berasa bosan dan meluat kepadanya,“ katanya.
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, Kit Siang hanya berniat untuk mendapat kepentingan politik selain mengharapkan supaya rakyat membenci kerajaan.
Bagaimanapun beliau berkata, usaha berkenaan tidak akan berjaya kerana Malaysia dilaporkan berada di tangga teratas dunia dalam menangani wabak COVID-19 – sebagai bukti pentadbiran kerajaan hari ini.
C“Pakatan Harapan telah diberi peluang memerintah dan terbukti gagal, malah negara semakin parah baik dari segi kewangan mahupun hubungan kaum.
“Kita harap pembangkang memberhentikan ratib sidang Parlimen sebaliknya bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan, frontliners dan pihak keselamatan membendung COVID-19,” katanya.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membidas Kit Siang yang meratib sidang Parlimen.
Najib berkata, setiap dua hingga tiga hari, Kit Siang akan menuntut sidang kecemasan Parlimen diadakan.
Beliau berkata, pada mulanya Kit Siang menuntut untuk mengadakan sidang Parlimen untuk usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum menuntut untuk bersidang mengenai Pelan Rangsangan Ekonomi COVID-19.
“Diikuti dengan tuntutan sidang tergempar parlimen dua hari untuk bahas dan luluskan pakej rangsangan ekonomi COVID-19. Hari ini pula, dia tuntut parlimen bersidang untuk bincang jalan keluar PKP.
“Pegawai yang mengawal Dewan Rakyat, sila ambil perhatian. Buka pintu Dewan Rakyat untuk Uncle masuk dalam tempoh PKP ini.Biar dia berkurung seorang diri dalam dewan sehingga PKP tamat.
“Bekalkan dia sebungkus Gardenia dan sehelai selimut kerana kita maklum Dewan Rakyat terlalu sejuk,” sindirnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.