KUALA LUMPUR, 10 April — Petikan perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disunting menjadi lagu rap kini turut dijadikan sebagai modal sindiran politik.
Terbaharu, lagu rap tersebut sekali lagi disunting menunjukkan beberapa ahli politik termasuk Muhyiddin melompat parti bagi menubuhkan Perikatan Nasional (PN).
Video berdurasi 12 saat itu juga memaparkan wajah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Abdullah, Zuraida Kamaruddin dan Radzi Mat Jidin.
Sebelum ini, petikan ucapan perdana menteri “ke sana, ke sini” tular selepas ia disunting menjadi lagu rap oleh seorang individu di media sosial.
Lagu tersebut bukan sahaja dijadikan “bahan” TikTok oleh kebanyakan warga maya malah turut digunakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad sebagai kempen “duduk di rumah” bersempena PKP.
Bagaimanapun, tindakan Noraini tersebut dikecam orang ramai yang menganggap kempen itu tidak sesuai ketika negara berdepan ancaman Covid-19.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.