`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 20, 2020

Langgar arahan PKP, Anwar ingatkan jangan ada ‘pilih kasih’

Anwar Ibrahim driving a car: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang harus dilaksanakan dengan adil tanpa mengira taraf sosial dalam masyarakat. — Foto oleh Miera Zulyana© Provided by Malay Mail Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang harus dilaksanakan dengan adil tanpa mengira taraf sosial dalam masyarakat. — Foto oleh Miera Zulyana
KUALA LUMPUR, 20 April — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak berwajib untuk bersikap adil dalam menguatkuasakan undang-undang.
Katanya, undang-undang tidak boleh bersifat ‘pilih kasih’ kerana ia dicipta untuk setiap individu tanpa perlu membezakan pangkat atau darjat.
“Melanggar perintah Covid-19 kalau tanya saya ini tak payah berat sangat. Tapi, hukum. Ringan pun ringanlah. Ringan bagi orang besar maka ringan bagi orang biasa,” katanya yang dipetik menerusi laman sosial Twitter.

Satu negara tetapi ada dua undang-undang. Ini membimbangkan tatkala perintah dan hukuman hanya terpakai kepada yang miskin dan warga yang susah, tidak bagi para penguasa dan pembesar.

196 people are talking about this

Anwar berkata demikian dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa ahli politik dalam kerajaan yang sebelum ini didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rata-rata orang ramai mengkritik tindakan beberapa pemimpin politik terbabit dan menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap mereka kerana melanggar arahan PKP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.