`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 11, 2020

Peperiksaan semester II matrikulasi batal, pengajian tamat

KPM berkata, keputusan akhir pelajar matrikulasi sesi 2019/2020 berdasarkan gabungan keputusan semester I dan keputusan penilaian berterusan semester II.
KUALA LUMPUR: Peperiksaan semester II program matrikulasi (PSPM) Kementerian Pendidikan (KPM) sesi 2019/2020 yang dijadualkan pada 27 April hingga 4 Mei ini dibatalkan, selepas ia membuat penelitian ke atas situasi semasa Covid-19 di negara ini.
Berikutan pembatalan itu, KPM memutuskan pengajian program matrikulasi bagi sesi 2019/2020 ditamatkan sepenuhnya bermula hari ini.
KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, berikutan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini, ia turut memutuskan keputusan peperiksaan semester II akan digantikan dengan keputusan penilaian berterusan bagi semester tersebut.
“Ini selari keputusan mesyuarat majlis dekan atau pengarah asasi universiti awam pada 24 Mac. KPM menyedari keputusan peperiksaan tersebut (semester II) amat penting kepada para pelajar program matrikulasi sesi 2019/2020 yang ia akan digunakan bagi permohonan ke universiti awam kemasukan sesi 2020/2021.
“Justeru, keputusan akhir untuk pelajar matrikulasi sesi 2019/2020 berdasarkan gabungan keputusan semester I dan keputusan penilaian berterusan semester II.”
KPM meminta semua pelajar yang masih berada di kampus terus mematuhi arahan berkaitan dan pihaknya akan terus memantau keadaan pelajar dan mengambil tindakan susulan untuk memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar terpelihara.

“KPM terus komited dalam usaha mengawal penularan jangkitan Covid-19 termasuk dalam kalangan pelajar, pensyarah dan kakitangan kolej matrikulasi KPM.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.