`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 26, 2020

Sabah benar 18 jeti persendirian kelapa sawit operasi semula

Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau berkata, sekiranya ada kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan, jeti berkenaan akan ditutup semula.
TUARAN: Sebanyak 18 jeti persendirian industri kelapa sawit yang ditutup sementara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dibenarkan beroperasi semula hari ini.
Wilfred Madius Tangau
Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau berkata keputusan itu dibuat selepas perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 Sabah.
“Kita mendengar dengan teliti semua pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk Persatuan Minyak Sawit Malaysia, penggiat industri yang terlibat serta pengusaha pekebun kecil yang terjejas kerana tidak dapat mengangkut buah kelapa sawit,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 185 pakej makanan kepada penduduk terjejas PKP sekitar daerah Tuaran di sini, hari ini.
Madius, yang juga ahli Parlimen Tuara berkata, industri kelapa sawit merupakan antara sumber utama pendapatan negeri selain menjadi punca pendapatan penduduk setempat.
Beliau turut mengingatkan pemain industri kelapa sawit supaya menjalankan operasi dengan mengamalkan langkah pencegahan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Namun sekiranya ada kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan, jeti berkenaan akan ditutup semula,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.