`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 21, 2020

SPRM tahan peniaga rasuah RM500 kerana ingkar arahan PKP

Difahamkan, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam di pejabat SPRM Cawangan Kluang.
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peniaga peralatan komunikasi yang dipercayai memberi rasuah kepada pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan kerana ingkar arahan sektor perniagaan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
Difahamkan, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam di pejabat SPRM Cawangan Kluang bagi membantu siasatan kerana memberi rasuah RM500.
Dia kemudian dilepaskan dengan jaminan selepas SPRM mengambil keterangannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Sebelum itu, peniaga terbabit dikatakan dikompaun MPK atas kesalahan mengingkari arahan notis kali ke-2 mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], dengan kadar kompaun bagi kesalahan itu berjumlah RM1,000.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, SPRM menasihatkan semua pihak tidak merasuah kerana ia akan mengambil tindakan terhadap setiap aduan kesalahan rasuah yang diterima walaupun ketika PKP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.