`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 22, 2020

"BANTUAN" BAYAR BIL LETRIK RM2.2 BILLION AKAN DIBAYAR KEPADA TNB PULA !! BAYAR KEPADA KITA LAH.

"RM2.2b financed by Kumpulan Wang Industri Elektrik, finance ministry and TNB"


  • 3 months’ free electricity for those with bills of RM77 and below
  • Minister says 7.66m consumers will benefit from Electricity Prihatin Aid 
  • users utilise < RM77 or 300 kWh electricity entitled to free electricity April - June
  • will benefit 4m or 52.2% of domestic users
  • > 300kWh will RM77 monthly discount 
  • will benefit another 3.66 million users
  • part of Electricity Prihatin Aid implemented on April 1
  • outcry over sudden spike in electricity 
  • RM2.2b financed by Kumpulan Wang Industri Elektrik, finance ministry and TNB
  • TNB decided not to disconnect electricity until September
  • consumers do not have to worry about electricity cuts 
  • discounts will benefit B40 and M40 groups

My comments :  

Tuan-Tuan, masalah besar dalam negara kita ini ialah ramai orang (rakyat marhaen) terutama sekali orang Melayu tak tahu kira duit. 

Bila sampai bab kira duit, bab ekonomi, faham akaun syarikat dsbnya ramai orang Melayu blur. 

Ramai orang Melayu tak faham konsep apa itu duit rakyat. Public funds. 
Ataupun apa itu duit pembayar cukai (taxpayers funds). 
Keduanya adalah sama - public funds dan taxpayers funds adalah sama.

Tetapi ramai orang masih berfahaman seolah segala dana atau duit di bawah kuasa kerajaan (tak kira kerajaan pusat, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan) memang adalah duit kerajaan dan bukan duit rakyat.  

Macam duit bapak dia. 
Bukan duit bapak kita.

Maksudnya terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat apa pun dengan "duit bapak dia" ikut suka hati dia. 

Dan rakyat pula perlu tadah tangan macam pengemis menunggu kerajaan "kongsi" sedikit duit ini dengan mereka.

Dan apabila kerajaan memberi sedikit "bantuan", maka rakyat pun harus melompat-lompat berterima kasih kepada kerajaan yang "sungguh baik dan prihatin". 

Tuan-tuan, bila kita mengkaji sejarah penjajahan manusia,  Rule No. 1 dalam  buku teks "How To Be A Penjajah" ialah 'always give away what does not belong to you". 

Maksudnya "selalu gunakan harta yang bukan kepunyaan kamu untuk dihadiahkan kepada orang lain".

Walaupun kerajaan kita bukan lagi penjajah (sebab kita yang melantik kerajaan menerusi pilihanraya) tetapi jika kita tersilap pilih parti politik, tersilap pilih wakil rakyat, tersilap sokong dasar ekonomi yang salah dsbnya maka pegawai, menteri, pemimpin dan pentadbir kerajaan boleh mengamalkan dasar "gunakan harta rakyat untuk dihadiahkan balik kepada rakyat." 

Jadi bantuan bayar bil letrik berjumlah RM2.2 BILLION ini bukan "bantuan" dalam ertikata sepenuhnya sebab apa yang disebut "bantuan" sebenarnya adalah DUIT RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR syarikat pembekal letrik. Itu saja.

Bukan dia bayar BANTUAN direct kepada kita pun. 
Dia bayar direct kepada TNB.

Jangan  kita mudah terpedaya dengan mainan “silap mata” David Copperfield.

Sila lihat kenyataan ini :

"RM2.2b financed by Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), finance ministry and TNB"

Siapa itu KWIE? 

Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) is a fund that is controlled by Suruhanjaya Tenaga (ST). The objective of setting up KWIE is to manage or control the impact of electricity tariffs on consumers.

KWIE control tabung yang asalnya daripada bayaran bil letrik kita semua juga. 
Kita yang bayar. Itu duit kita.

Finance ministry itu kita juga - tak payah sebut pun.
Duit rakyat dalam Perbendahaarn atau Kementerian Kewangan (MOF).

TNB itu pun syarikat kepunyaan rakyat juga atau GLC.

Jadi kita yang bayar kita.

Tuan-tuan, di sini ada satu lagi perkara.

Sebenarnya BANTUAN bayar bil letrik RM2.2 BILLION ini bantu menghapuskan bad debts atau 'hutang tunggakan bil letrik'  sebanyak RM2.2 BILLION bagi TNB !! 

Jadi TNB yang untung  dulu.

Dia macam ini Tuan-Tuan. 

Dalam keadaan ekonomi gawat macam ini ramai orang MEMANG TIDAK MEMBAYAR BIL LETRIK pun. 
Majoriti besar orang yang tidak bayar bil letrik adalah orang Melayu. 
(Yalah sebab orang Melayu menjadi majoriti 70% penduduk negara). 

Jadi kalau TNB potong bekalan letrik atau saman orang yang tak bayar bil letrik dua perkara besar akan berlaku.

1.  Paling banyak rumah dan bisnes orang Melayu akan jadi gelap. Cuba bayangkan bila hari sudah malam, rumah yang gelap itu rumah Melayu, rumah yang ada api rumah Cina, lepas itu gelap rumah Melayu, lepas itu yang ada api rumah bukan Melayu dsbnya.

2.   Apakah maksud sebenarnya di sini ? Maksud sebenarnya ialah bila matahari terbenam (dan Vampire Dracula mula bangkit) kegagalan dasar ekonomi kerajaan untuk membangunkan taraf ekonomi orang Melayu akan menjadi nyata di depan mata. Rumah mereka akan nampak gelap.


See the source image


Rumah dan business ramai sekali  orang Melayu akan berada dalam gelap. 
Daripada malam hari sampai matahari terbit di waktu  fajar esok hari.  
Tentu sekali ini akan menjadi isu politik yang amat memalukan bagi kerajaan pimpinan ahli politik Melayu.

(Juga sebuah mahkamah khas akan perlu ditubuhkan hanya untuk putuskan berpuluh ribu  kes tunggakan bil TNB. Sebab terlalu banyak kes.) 

Tuan-Tuan, semua peniaga dan semua jenis perniagaan menghadapi business risk atau risiko perniagaan termasuk pembeli yang tidak bayar hutang. Dalam bahasa omputih bad debts atau orang tak bayar hutang. 

Begitu juga TNB pun menghadapi banyak kes 'bad debts' atau 'tunggakan bil letrik' yang tidak terbayar.  Ini sebenarnya adalah business risk atau risiko bisnes yang perlu ditanggung TNB sendiri. 

Maksudnya ia adalah business risk dan tanggungjawab TNB untuk:
  • mencari orang yang belum bayar tunggakan bil letrik
  • menghantar notis merah
  • potong bekalan letrik
  • saman mereka di mahkamah sivil dsbnya. 
Kerja leceh  yang akan mengambil masa yang panjang dan sangat merugikan TNB.  (Kos menghantar notis merah, kos menghantar technician TNB untuk memotong bekalan letrik, kos bayar yuran peguam untuk saman di mahkamah  dsbnya hanya memakan duit TNB).

Jadi BANTUAN RM2.2 BILLION untuk membayar bil letrik ini adalah durian runtuh yang sangat besar bagi TNB. 

Dalam sekelip mata, TNB boleh tutup fail kes-kes tunggakan bil letrik sebanyak RM2.2 BILLION. Cantiknya!!

(Jadi sekarang - di sini ada sedikit soalan cepu mas : Macam mana pula Hang-Hang Hebat  ini boleh terjumpa angka RM2.2 Billion itu? Why RM2.2 Billion? Dan bukan RM1.0 Billion, RM3 Billion atau RM 3.376 Billion? 

Dari mana datangnya angka RM2.2 billion yang begitu tepat itu?

Apakah ianya untuk mengambil kesempatan jualan kasut sekolah Bata RM23.99 ?
Atau ianya untuk pastikan “bayaran gaji dan bonus” tahun ini tidak terancam?
Banyak cantik ya.

Maka rakyat marhaen yang tak faham apa pun merasa seronok dan gembira. Hooray. 
Siapa yang kena bil letrik kurang daripada RM77 tak payah bayar. Hooray. 
Kerajaan bagi letrik percuma.   Baiknya kerajaan.  Hooray.

You are wrong.

Duit RM2.2 Billion itu adalah wang rakyat. 
Duit kita sendiri.
Yang dibayar kepada TNB.

Saya ada sedikit cadangan (yang boleh sebabkan heart attack bagi TNB) - saya cadangkan kerajaan bayar BANTUAN bayaran bil letrik sebanyak RM2.2 billion itu DIRECT kepada golongan B40 dan M40. Serupa dengan bayaran BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bank dulu.

Dengan cara ini golongan B40 dan M40 akan menerima BANTUAN RM2.2 BILLION ini direct ke dalam kocek  mereka. 
Dan mereka boleh menggunakan duit BANTUAN ini untuk bayar bil TNB, bayaran sara hidup dsbnya.  
Because ada juga B40 dan M40 who have already paid their TNB bills. 
Mereka boleh gunakan duit BANTUAN itu untuk bayar beban yang lain.

Akhir kalam ini bukan BANTUAN yang sebenarnya.
It is highly debateable.
Sebab duit yang digunakan adalah duit rakyat sendiri.
Duit bapak kita. Bukan duit bapak dia.

Nombor 2 ialah siapa yang dibantu sebenarnya?
Apakah rakyat miskin B40 dan M40 yang dibantu dulu?
Ataupun apakah ini adalah satu pergerakan ‘menyalurkan alir tunai’ daripada tabung duit rakyat maksud ke dalam tabung TNB?

Sebab risiko politik adalah terlalu  besar jika syarikat GLC tanggung rugi ataupun terlalu  ramai pengguna  B40 dan M40 (yang majoriti  besarnya Melayu) menghadapi masalah bekalan letrik. 

“gunakan harta rakyat untuk dihadiahkan balik kepada rakyat." 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.