KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif sebuah yayasan amal, Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) didakwa bersama suaminya di Mahkamah Sesyen hari ini masing-masing atas 3 dan 20 pertuduhan pengubahan wang melibatkan wang yayasan itu berjumlah RM658,769.19.
Mimi Khairani Baharudin, 35, dan suaminya, Mohd Shaufik Ariffin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Hasbullah Adam.
Khairani yang sedang hamil 5 bulan menghadapi 3 pertuduhan manakala suaminya didakwa atas 20 pertuduhan.
Mahkamah membenarkan Khairani diikat jamin RM105,000 manakala RM700,000 bagi Shaufik, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Farid Ahmad Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Norizawani Ahmad Jalaludin. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.