`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 18, 2020

Peter Anthony mengaku tak bersalah bersubahat kes pecah amanah

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas 1 lagi pertuduhan bersubahat kes pecah amanah melibatkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bernilai RM15,545,400.
Peter membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Ia merupakan pertuduhan bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 409 kanun yang sama.
Peter didakwa melakukan kesalahan itu antara 22 Julai 2014 dan 19 November 2015 di Beverly Hills Plaza, Jalan Bundusan, Penampang iaitu bersubahat dengan Michael Percius Ubu yang berperanan sebagai seorang ejen kepada Risda dan atas kapasiti itu diamanahkan dengan kuasa ke atas harta iaitu wang berjumlah RM15,545,400, yang dibayar melalui cek Bank Muamalat ke dalam akaun Ambank milik Tetuan Michael Ubu & Co.
Bayaran itu merupakan bayaran 10% daripada harga jualan bagi pembelian tanah ladang kelapa sawit seluas 2,739.191 hektar di Sg Pinangah dan Sg Labau, Tongod, dan didakwa harta itu dengan curangnya dilepaskan, melanggar kontrak dengan Risda, dan kesalahan berkenaan hasil persubahatan tertuduh.
Pada 11 Jun, Peter yang juga naib presiden Warisan mengaku tidak bersalah atas 5 pertuduhan melibatkan pengubahan wang bernilai RM8.75 juta yang juga berhubung pembelian tanah Risda.
Dalam kes itu, mahkamah membenarkan Peter diikat jamin RM500,000 dengan 2 penjamin tempatan, serta 2 syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali dalam 2 bulan.
Terdahulu dalam prosiding itu, peguam yang mewakili Peter memohon mahkamah mengguna pakai semula jaminan dan syarat tambahan yang dikenakan terhadap tertuduh dalam kes sebelum ini memandangkan kes berkenaan berkaitan.
Mahkamah membenarkan permohonan untuk mengguna pakai jaminan terdahulu dan Peter hanya perlu menandatangani surat jaminan baru serta sebutan semula kes berkenaan pada 4 Ogos ini, bersekali dengan kes terdahulu yang dihadapinya.

Pendakwaan dikendalikan oleh 4 timbalan pendakwa raya SPRM iaitu Mohamad Fadhly Mohamad Zambry, Nartiah F Mirchelle Sambatan, Amin Fakri, dan Mohd Faliq Basarudin, manakala Peter diwakili 4 peguam iaitu Dominic Chew, Douglas Lind, Martin Tommy, dan Luke Ressa Balang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.