`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 20, 2020

91 didenda, 26 direman ingkar PKPP

Kegagalan menyediakan peralatan atau buku pendaftaran keluar masuk di premis ialah kesalahan ke-2 tertinggi, selepas kesalahan membabitkan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal yang dilaporkan semalam.
PETALING JAYA: Polis menahan 117 individu kerana mengingkari arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, 91 daripadanya dikompaun dan 26 lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (8), premis beroperasi lebih masa (2), menjalankan aktiviti pelacuran (24) serta aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal (46),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak berkuasa menjalankan 380 pemeriksaan dan mendapati semua individu menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah mematuhi SOP ditetapkan.
Ismail berkata, tiada tangkapan dilakukan menerusi 64 sekatan jalan raya di seluruh negara semalam untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasaan akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.