`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 20, 2020

Bas percuma dibenar bawa pejalan kaki dari Tambak Johor ke Woodlands

Sejak sempadan dibuka mulai 17 Ogos lalu, bas percuma yang disediakan PAJ perlu membuat pusingan U di tengah sempadan kedua-dua negara, tetapi kini ia dibenarkan membuat pusingan U di ICA Woodlands.
JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas percuma disediakan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi membawa pejalan kaki rentas sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) di Tambak Johor dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura, berkuat kuasa hari ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata penambahbaikan itu hasil persetujuan pihak Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dengan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) Woodlands hari ini.
“Sejak 3 hari sempadan dibuka (mulai 17 Ogos), PAJ menyediakan bas percuma ini, namun perlu membuat pusingan U di tengah sempadan antara kedua-dua negara.
“Kini, bas tidak perlu membuat pusingan U di tengah sempadan dan dibenarkan membuat pusingan U di ICA Woodlands,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, PAJ menerusi kenyataan memaklumkan operasi bas percuma itu melibatkan 11 perjalanan bermula 7.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari dengan kekerapan sejam.
PAJ menasihati pengguna mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menggunakan perkhidmatan bas berkenaan.
Pengguna juga tidak dibenarkan menahan bas di pertengahan jalan dan disarankan turun atau menaiki bas di tempat ditetapkan, menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, pejalan kaki yang merentas sempadan perlu menaiki bas yang disediakan di tengah garisan sempadan Tambak Johor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.