`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 19, 2020

Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia

Noor Neelofa Mohd Noor menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.
AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos 2020.
Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.
Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Dis 2017. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.