(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
RM1,000 fine for the PAS Minister for Plantation, Industries and Commodities, Khairuddin Aman Razali to end the growing storm over his Covid-19 SOP breach sounds very fishy and contrived as it raises more questions.
If the Health Ministry had acted as early as August 7 and issued a compound of RM1,000 on August 7 and the Minister had paid the compound, the questions that arises include:
- Why the Minister had not admitted the SOP breach right from the beginning when the DAP MP for Seputeh Teresa Kok raised it in Parliament on August 18;
- Why the cock-and-bull story that the Minister’s trip to Turkey had the approval of the Prime Minister, that he had escaped 14-day quarantine because he was found “negative” in a “special test” for Ministers to go in and out of the country and that Turkey was a “green country (zone)” for Covid-19 pandemic!
- If action had already been taken on August 7, what was all the Health Ministry investigation in the last four days about?
- Is the payment of the M1,000 compound fine by Khairudddin on August 7 true?
- Why didn’t the Health Ministry require Khairruddin to wear the pink wristband, monitor and require him to be quarantined? Did Khairuddin defy such quarantine instructions?
- What about the others in Khairuddin’s trip to Turkey. How many of them, who are they and were they all compounded?
Or are these “fishy and contrived” answers merely to save the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin from appearing to be a weak Prime Minister and avoid the embarrassment of having to answer questions about Khairuddin’s breach of the Covid-19 SOP, as well as other related questions, like whether there is a “special test” for Ministers, Deputy Ministers and high officials and how many Ministers, Deputy Ministers and top officials had been given permission to leave the country during the Movement Control Order (MCO) from March 18 to May 3, the Conditional Movement Control Order (CMCO) from May 4 to June 9 and the Recovery Movement Control Order (RMCO from June 10 to August 31, the duration and reasons for their overseas trips, with separate information with regard to Ministers, Deputy Ministers and high officials who were given permission to go overseas and to return on “personal matters” without having to comply with the SOP.
I am reminded of the warning that if you tell a lie, you will have to tell a thousand lies to hide a lie. I do not know whether these are shariah-compliant lies.
The Prime Minister should agree that Khairuddin should be referred to the parliamentary committee of privileges, as Khairuddin had committed a serious breach of parliamentary privileges.
(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, August 22, 2020)
Denda RM1,000 terhadap Menteri PAS untuk menutup persoalan mengenai tindakan beliau yang mengingkari SOP Covid-19 kelihatan agak aneh dan menimbulkan lebih banyak tanda soal — mengapa Khairuddin tidak mengaku sebegitu sejak daripada awal lagi, apakah hasil penyiasatan Kementerian Kesihatan, dan bagaimana pula dengan ahli-ahli rombongan yang pergi ke Turki bersama dengan Menteri tersebut?
Denda RM1,000 terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi daripada PAS, Khairuddin Aman Razali untuk menutup persoalan daripada rakyat mengenai tindakan beliau yang mengingkari SOP Covid-19 kelihatan agak aneh dan kini telah menimbulkan lebih banyak persoalan.
Jika pihak Kementerian Kesihatan telah pun bertindak seawal 7 Ogos dan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 pada tarikh tersebut, dan Menteri berkenaan telah pun membayar kompaun tersebut, persoalan berikut timbul dan perlu dijawab:
(1) Mengapakah Menteri tidak mengaku pelanggaran SOP telah berlaku sejak daripada awal isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok pada 18 Ogos?
(2) Mengapakah pelbagai alasan, yang kononnya lawatan ke Turki tersebut telah pun diluluskan oleh Perdana Menteri, kononnya Menteri tersebut telah pun menjalani satu “ujian saringan khas” untuk para menteri dan didapati negatif, dan kononnya Turki adalah sebuah “negara zon hijau”?
(3) Jika tindakan telah pun diambil pada 7 Ogos, apakah perkara yang disiasat oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh empat hari yang lepas?
(4) Adakah benar kompaun RM1,000 ini telah dibayar oleh Khairuddin pada 7 Ogos?
(5) Mengapakah pihak Kementerian Kesihatan tidak memerlukan Khairuddin untuk memakai gelang tangan berwarna merah jambu, untuk diperhatikan dan dikuarantin? Adakah Khairuddin enggan untuk mematuhi arahan kuarantin?
(6) Bagaimana pula dengan mereka yang lain yang turut menyertai lawatan Khairuddin ke Turki? Berapa ramaikah jumlah ahli rombongan ini, siapakah mereka, dan adakah mereka juga telah dikenakan kompaun?
Ataupun, adakah kenyataan berkenaan denda ini hanya dikeluarkan untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kelihatan lemah dan untuk mengelakkan malu daripada terpaksa menjawab persoalan-persoalan yang bakal timbul akibat pelanggaran SOP yang dilakukan oleh Khairuddin. Soalan-soalan seperti adakah benar wujud satu “ujian saringan khas” untuk para menteri, timbalan menteri, dan penjawat tinggi kerajaan, dan berapa ramaikah mereka yang telah dibenarkan untuk ke luar negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di antara 18 Mac sehingga 3 Mei, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di antara 4 Mei sehingga 9 Jun, dan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula pada 10 Jun dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos, berserta dengan tempoh dan tujuan lawatan luar negara mereka. Selain itu, persoalan seperti berapa ramaikah menteri, timbalan menteri, dan penjawat tinggi kerajaan telah dibenarkan untuk ke luar negara dan kembali atas “sebab-sebab peribadi” tanpa perlu mematuhi SOP ini juga harus dijawab.
Saya teringat kepada satu amaran mengenai membuat penipuan, jika seseorang itu menipu, maka dia akan terpaksa membuat beribu lagi penipuan untuk menyorokkan penipuannya itu. Saya tidak pasti sama ada penipuan ini adalah penipuan yang mematuhi syariah.
Perdana Menteri sepatutnya bersetuju untuk merujuk Khairuddin kepada Jawantankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, memandangkan beliau telah melakukan satu salah guna hak Parlimen yang amat serius.
(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu 22 Ogos 2020)
-LIMKITSIANGFORMALAYSIABLOG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.