`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 9, 2020

Soalan Cepu Mas : Boleh kah Keputusan Koroner Dikaji Semula ? Dan Cadangan Penyelesaian Kes Adib

Koroner telah buat keputusan bahawa kes Adib Mohamed Kassim adalah kes bunuh. 
Koroner juga telah memberi arahan kepada IGP dan Polis untuk siasat dan mencari pembunuh.
Tetapi IGP pula telah membuat kenyataan media berikut:



My comments :

Tan Sri IGP kata bahawa  : 
Polis tidak temui bukti Adib Mohd Kassim dipukul sesiapa pun
Oleh itu Polis menyeru kepada orang yang menuduh bahawa Adib dipukul itu jangan takut ke depan dengan membawa bukti bahawa arwah Adib dipukul.
Tetapi Tan Sri IGP kata sehingga hari ini tidak ada sesiapa pun yang tampil ke hadapan.
Tan Sri IGP juga berkata Polis telah kesan pembohongan apabila orang yang terlibat siasatan gagal ujian (lie detecror test?) Maksudnya keterangan  mereka adalah palsu.
Polis puas hati dengan post mortem oleh patologist (yang mengatakan dengan jelas bahawa Adib kena luka parah akibat dilanggar lori Penyelamat Bomba). 

CADANGAN UNTUK PENYELESAIAN KES ADIB MOHD KASSIM
Cadangan No. 1 -  First semua pihak perlu lupakan saja bahawa Adib Mohd Kassim dipukul oleh sesiapa pun. Tan Sri IGP telah sebut berulang kali bahawa TIDAK ADA BUKTI MENUNJUKKAN BAHAWA INI ADALAH KES BUNUH. Ini bukan kes bunuh. 
So Step No. 1 ialah hentikan semua hujah bahawa Adib telah dipukul oleh sesiapa pun. 
Cadangan No. 2  -  Patologist telah sahkan dan pasukan penyiasat Polis (termasuk Tan Sri IGP) telah mempersetujui apa yang dijumpai pakar patologist, bahawa luka parah dibahagian belakang badan Adib, termasuk beberapa tulang rusuknya yang telah patah mengikut alignment yang sama dan lurus, adalah akibat daripada Adib dilanggar oleh lori Penyelamat Bomba  yang sedang gostan pada waktu itu.
Jadi the solution is obvious. Orang yang perlu disoal siasat semula (termasuk di umumkan keputusan lie detector testnya) adalah driver lori Penyelamat Bomba yang berkenaan. 
Driver lori Penyelamat Bomba itu memegang semua kunci rahsia untuk menyelesaikan misteri yang sebenarnya bukan misteri. Sebenarnya ini hanya kes kemalangan. Lori Penyelamat Bomba gostan tanpa sebarang niat buruk dan melanggar Adib Kassim. 
Tetapi yang peliknya selepas berlaku kemalangan ini, driver lori Penyelamat telah berkelakuan anih ia itu beliau terus tidak boleh bercakap. Dan beberapa pegawai Bomba juga telah muncul ke depan dengan memberi berbagai alasan bagi pihak driver lori Penyelamat itu.
Saya cadangkan semua pegawai Bomba itu juga disiasat semula dan dijalani lie detector test dan keputusan lie detector test mereka semua dibuat umum. (Ini untuk sahkan samada mereka bercakap benar atau tidak.) 
Cadangan No. 3 Macam mana pula dengan kumpulan samseng yang mula sekali mencetuskan pergaduhan di kawasan itu ?  How come they have got away scot free?
Apakah negara ini, Malaysia, sudah menjadi sebuah negara yang bukan lagi bertamadun dan beradab di mana kumpulan samseng yang diupah (takkan mereka telah buat kecoh untuk percuma, mesti ada orang membayar mereka) untuk membuat kecoh terlepas daripada sebarang kesalahan dan hukuman? 
Di manakah penangkapan ke atas kumpulan samseng itu termasuk dalang yang telah mengupah mereka. 
Kenapakah kumpulan samseng itu tidak di hadapkan ke muka pengadilan di mahkamah? 
Sudah tentu sekali kumpulan samseng yang ramai itu tidak akan berkumpul dan membuat kecoh di kawasan itu tanpa ada orang yang mengupah mereka, memberi arahan kepada mereka dsbnya.  
Tanpa menangkap dan mendakwa samseng itu di mahkamah maksudnya kes ini tidak akan selesai dengan sempurna.
It will remain a blot on all those who are responsible to bring this case to a proper closure, especially the Police and the Public Prosecutor.
As long as the samsengs who caused all these problems and the people who hired them are not brought to justice it will serve as a reminder of an imperfect system.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.