`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 20, 2020

2 polis ‘minta’ RM1,400 daripada pasangan tak pakai pelitup muka ditahan

 

Kedua-dua polis itu menyerah diri selepas laporan dibuat pemilik kedai pada 18 Oktober.

AMPANG: Dua anggota polis direman 2 hari selepas didakwa memeras ugut RM1,400 daripada seorang pemilik kedai runcit dan isterinya kerana tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan perniagaan.

Mereka menyerah diri semalam selepas 1 laporan polis dibuat pemilik kedai berkenaan pada 18 Oktober lalu.

Majistret Farah Nasihah Annuar hari ini membenarkan kedua-dua anggota polis terbabit direman 2 hari supaya polis dapat melengkapkan siasatan kes itu.

Peguam K Shalvin mewakili suspek terbabit.

Jika didapati bersalah mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana 2 hukuman itu.

Polis terbabit yang tidak berpakaian seragam didakwa memasuki kedai berkenaan dan mendapati pasangan menjalankan perniagaan itu tidak memakai pelitup muka.

Pemilik kedai itu dikatakan sudah membayar wang berkenaan bagi mengelak ditahan kerana melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.