`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 20, 2020

207 pelajar MRSM Kuala Klawang keracunan makanan

 

Seramai 207 pelajar MRSM Kuala Klawang dilaporkan stabil dengan 4 daripadanya dimasukkan ke Hospital Jelebu untuk rawatan susulan. (Gambar Facebook)

JELEBU: Seramai 207 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang dipercayai keracunan makanan sejak awal pagi tadi selepas menikmati makanan di dewan makan maktab itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Mohamad Rafie Ab Malek berkata semua pelajar dilaporkan stabil dengan 4 daripadanya dimasukkan ke Hospital Jelebu untuk rawatan susulan.

“Semua mereka mengadu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan loya sekitar 2 hingga 4 pagi tadi, berkemungkinan daripada makanan tengah hari atau makan malam.

“Pihak kesihatan daerah juga mengambil sampel makanan dan minuman bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, keputusan analisis tersebut akan kita ketahui dalam tempoh seminggu,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mengambil tindakan tegas kepada pembekal makanan dengan menyita dewan makan maktab itu 2 minggu mulai hari ini.

Katanya, buat masa ini pelajar akan dibekalkan makanan daripada pembekal makanan bertauliah sementara menunggu keputusan ujian sampel makanan selesai.

Justeru, beliau berkata ibu bapa diminta tidak bimbang berikutan keadaan masih terkawal selain sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa.

Semua mangsa terdiri daripada 54 pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 (53), tingkatan 3 (42), tingkatan 4 (41) dan tingkatan 5 (17). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.