`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 22, 2020

Akta Langkah Sementara Kurangkan Kesan Penyakit Covid-19 berkuat kuasa esok

 

Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 akan berkuat kuasa selama 2 tahun dari tarikh penyiaran pada 23 Oktober dalam Warta Kerajaan.

KUALA LUMPUR: Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 diwartakan esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, akta diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing pada 25 Ogos dan 22 September itu diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, akta itu akan berkuat kuasa selama 2 tahun dari tarikh penyiaran pada 23 Oktober dalam Warta Kerajaan, atau sebagaimana tarikh dan tempoh kuat kuasa yang diperuntukkan di mana-mana Bahagian berkaitan dalam akta itu.

“Pelaksanaan ini secara keseluruhannya dapat memberi manfaat kepada setiap individu dan syarikat yang terkesan dari aspek ekonomi akibat penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Takiyuddin berkata pihak berkontrak yang bertikai boleh menyelesaikan pertikaian secara baik tanpa melibatkan proses perbicaraan undang-undang di mahkamah melalui perkhidmatan pengantaraan Pusat Mediasi Covid-19 (PMC-19) ditubuhkan bawah Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkhidmatan pengantaraan yang akan dijalankan melalui PMC-19 terbuka kepada semua pihak dengan nilai pertikaian RM300,000 ke bawah.

“Kerajaan juga akan membiayai kos perkhidmatan pengantaraan kepada golongan B40 dan M40 serta perusahaan bersaiz mikro dan kecil,” katanya menambah sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan itu boleh diajukan melalui pertanyaan@pmc19.gov.my. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.