`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 18, 2020

Polis siasat dakwaan wanita dikasari ketika mesyuarat parti politik di Teluk Intan

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Kamarudin Mat Salleh berkata, beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. (Gambar Facebook)

IPOH: Polis sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa dikasari dan adik perempuannya ditumbuk sehingga pengsan dalam mesyuarat sebuah parti politik di Teluk Intan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya menerima laporan wanita berusia 32 tahun itu kira-kira 11.04 malam 14 Okt lalu di Balai Polis Teluk Intan.

“Beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkab kecederaan, masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Wanita itu yang juga guru, dalam laporan polis yang tular mendakwa beliau bersama 9 individu ke sebuah hotel di Teluk Intan kira-kira 8.30 malam selepas mendapat jemputan menghadiri mesyuarat parti, tetapi mereka dihalang memasuki bilik mesyuarat.

Kira-kira sejam kemudian, semasa berdiri di depan pintu bilik mesyuarat, seorang lelaki yang dikenalinya keluar dan menolaknya sehingga jatuh, selain menumbuk muka adik perempuannya sehingga pengsan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.