`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 6, 2020

Kanak-kanak perempuan cedera parah terjatuh dari tingkat 4

 

Polis berkata selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri dan kini dia sedang dirawat di Zon Semi Kritikal, Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah apartmen di kuarters perumahan penjawat awam di Presint 11 di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa, Nur Alya Maisarah Kamarulfaizal sedang bermain membaling botol di koridor rumahnya yang kemudiannya terkeluar dari kawasan itu.

“Mangsa kemudiannya mengambil kerusi untuk memanjat bagi mengambil botol berkenaan sebelum tersalah langkah dan terjatuh ke kawasan tempat letak motosikal,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, semasa kejadian berlaku bapa mangsa yang juga seorang anggota sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berada di dalam rumah, manakala ibunya sedang bekerja.

Beliau berkata selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri dan kini dia sedang dirawat di Zon Semi Kritikal, Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

Katanya, menurut laporan awal, mangsa disahkan patah tulang selangka dan berkemungkinan turut mengalami patah tulang belakang dan tulang rusuk. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.