`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 28, 2020

Tuan-Tuan Yang Haprak Tak Tahu Cari Hidup

 OSTB : Dua minggu sudah media kita bergegar juga dengan berita seorang anak muda ketua pemuda peringkat bahagian sahaja membeli motosikal 'paling mahal di dunia' dengan harga RM888,000 !!



.. menjadi pemilik pertama motosikal paling mahal di dunia, Ducati Superleggera 
..telah menempah superbike yang berharga RM888,000 itu pada awal tahun 

OSTB :  Marilah kita mengucapkan tahniah secara beramai-ramai kepada anak muda itu yang mampu membeli sebiji motorsikal  sahaja dengan harga  RM888,000.

Hari ini pula media kita bergegar lagi dengan berita seorang YB Menteri - bukan saja sebab bermuka merah jatuh dari basikal tetapi sebab basikal dia itu berharga RM45,000 !!



Eloklah itu. Semoga syarikat basikal itu akan meminta maaf dan bayar ganti rugi kepada setiap manusia atas mukabumi ini yang bakal jatuh sewaktu menunggang basikal jenama Pinarello.  Fantastic. Semoga ramai lagi akan teringin untuk membeli basikal jenama ini. 

Bersama gambar ini saya juga menerima gambar Whatsapp berikut yang menunjukkan mayat (Innalillah) mangsa yang maut dan cedera akibat motor mereka terlanggar lopak dan lobang di atas jalanraya negara kita.




Aduan yang datang bersama gambar ngeri ini ialah bahawasanya tiada siapa pun pernah minta maaf berkenaan jalan yang berlobang dan berlopak yang telah korbankan begitu ramai nyawa manusia.  

Tetapi apabila seorang Menteri jatuh basikal (dan merah di muka)  bukan saja Menteri dijanji ganti rugi RM45,000 tetapi pihak berkuasa pun minta maaf kepada Menteri itu.  

Nasihat saya kepada Menteri itu simple sahaja : Do not ride any motorbikes. 

Tapi Tuan-Tuan - tanpa memperlekehkan kehilangan nyawa yang begitu ramai disebabkan jalan yang berlopak dan berlobang - itu hanya cerita sampingan sahaja.

Sebelum ini saya pernah menulis bahawa antara "kejayaan besar" Dasar Ekonomi Baru ialah ramai anak-anak Menteri dan orang besar politik lebih mudah jadi jutawan dan businessman yang kaya raya. Berbanding dengan peluang Tuan-Tuan dan anak Tuan-Tuan rakyat marhaen.  

Kalau ikut teori-teori 'Probability' (ke-barangkalian) bolehlah dibuat 'co-relationship' yang 'above average' antara menjadi seorang anak Menteri  dan menjadi businessman berjaya atau jutawan muda. Maksudnya ianya saling berkaitan.

Jadi untuk jayakan Dasar Ekonomi Baru (yang telah gagal dan mula diganti dengan OPP pada tahun 1990, gagal juga dan kemudian diganti pula dengan Wawasan 2020, tetap gagal dan latest pula diganti dengan Wawasan entah apa 2050 dan seterusnya) solutionnya adalah sangat senang. 

Solutionnya kita cuma perlu lantik lebih ramai Menteri ahli Kabinet yang mempunyai ramai isteri dan anak.  

Lagi ramai anak Menteri maka lagi besar ke-barangkalian-nya bahawa anak mereka akan jadi businessman berjaya dan jutawan muda.  Sebab memang ramai anak Menteri sudah pun jadi businessman berjaya dan jutawan muda. 

(At least sehingga muncul Perdana Menteri baru atau kerajaan baru yang akan melihat satu lagi 'Law of Nature' menjelma ia itu 'sekali datangnya bah maka sekali pantai akan berubah'.) 

Anyway saya melihat terlalu ramai rakyat marhaen (maksudnya Tuan-Tuan lah, serta anak dan keluarga) hidup makin susah. Saya cukup pasti 100% bahawa tiada sesiapa pun di kalangan Tuan-Tuan orang biasa mampu membeli motorsikal dengan harga RM888,000.   Ataupun beli sebiji basikal dengan harga RM45,000. Walaupun Tuan-Tuan melepasi universiti education (seperti diploma, ijazah, Masters, PhD dsbnya) saya rasa Tuan-Tuan tidak mungkin mampu beli motorsikal RM888,000 atau basikal RM45,000. No way. 

You may have education but obviously you are in the wrong line of work.

Dan bagi Tuan-Tuan yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan pun kecuali markah 'cangkul' peringkat SPM jangan berputus asa sebab ramai YB dalam negara kita pun tidak mempunyai apa-apa kelulusan kecuali sijil SPM 'cangkul'.  Selain daripada menjadi YB, mereka juga pernah dilantik menjadi pengerusi Tabung ini dan itu. Tetapi sekali-sekala kita juga melihat mereka terpaksa pakai uniform berwarna oren.

Anyway, oleh kerana blog ini disebut "OutSyed The Box" maka saya ingin membuat sedikit cadangan outside the box lah. 

Solutionnya senang sahaja - kalau Tuan-Tuan daripada kalangan marhaen serta anak-anak ingin mempunyai peluang yang baik atau higher probability untuk mampu membeli motorsikal RM888,000 atau basikal RM45,000 Tuan-Tuan patut menjadi pemimpin politik peringkat bahagian (pun boleh), atau menjadi YB Ahli Parlimen, atau menjadi YB Menteri dsbnya. 

Maksudnya masuk lah bidang politik.  It could be a more rewarding line of work.

Sebab melihat kepada track record ahli politik dan YB Menteri yang mampu membeli motorsikal mewah dan basikal berharga RM45,000 - what the hell are you doing dalam kerajaya Tuan-Tuan?

Tuan-tuan kena bangun awal pagi, gosok gigi dan mula risau kalau ada cukup duit cash untuk melalui keperluan sehari lagi. Ada ke cukup duit bayar minyak, bayar sebiji tong gas hampir RM30, bayar makan tengah hari, bayar sewa, bayar motor, bayar kereta MyVi atau kereta Honda (waah kaya!)  Belum sampai hujung bulan (tunggu gaji) kocek sudah kering. 

What the hell are you doing? Why not Tuan-Tuan jadi ahli politik? Jadi ketua pemuda peringkat bahagian pun sudah boleh merasai hidup kaya raya yang jauh lebih mewah daripada kerjaya Tuan-Tuan. Bila datang hari mengundi Tuan-Tuan boleh mengundi diri sendiri.  Kenapalah nak undi bagi orang lain jadi kaya? Why not mengundi diri sendiri jadi kaya dulu? 

  • Tuan-tuan dengar baik-baik ya. 
  • No extra skills are needed. 
  • Tuan-Tuan tidak perlu sebarang skill set yang berlainan.

Tuan-tuan tidak perlu belajar tinggi-tinggi pun. Seperti mana saya sebut tadi, kalau Tuan-Tuan hanya punyai sijil SPM 'cangkul' pun sudah ok.   Boleh jadi ahli politik, boleh jadi YB dan dilantik jadi pengerusi Tabung lagi.  Buat apa lah nak belajar tinggi-tinggi? 

Jadi kenapalah Tuan-Tuan nak siksa diri dengan kerja lapan jam sehari, pukul 9 pagi hingga 5 petang, lima hari seminggu, untuk berpuluh tahun lamanya, untuk gaji yang sentiasa tak cukup, simpan duit RM500 dalam ASB (average savings rate), tunggu duit pencen atau duit EPF. 

What a miserable life?

Tuan-Tuan, perhatikan gambar ini sekali lagi. This could be you.


Jangan lah fikir panjang-panjang. Just get into politics. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.