`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 9, 2020

Pembantu menteri gesa JKR Sabah tingkat pengurusan, sistem penyampaian

 

Limus Jury (dua dari kiri) menghadiri taklimat cawangan lebuh raya JKR Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Limus Jury berkata, pengurusan Jabatan Kerja Raya negeri, termasuk sistem penyampaian perlu ditingkatkan bagi memastikan pelaksanaan semua projek, khasnya membabitkan jalan raya lebih cekap.

Katanya, projek pembinaan jalan raya di Sabah perlu disiapkan mengikut jadual bagi mengelakkan projek lain tidak dapat dilaksanakan dan pembangunan negeri terbantut.

“Jalan raya mempunyai kaitan rapat dengan kemajuan dan pembangunan sosio ekonomi secara menyeluruh.

“Apa yang penting ialah penekanan terhadap projek yang telah lulus hendaklah disiapkan mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan terbabit dengan segera,” katanya selepas menghadiri taklimat cawangan lebuh raya Jabatan Kerja Raya Sabah.

Beliau berkata, JKR Sabah, khususnya cawangan lebuh raya memberikan komitmen sangat baik, terutama dalam aspek pengurusan projek jalan membabitkan perancangan, reka bentuk dan pembinaan sistem rangkaian lebuh raya berkualiti.

“Bagaimanapun, terdapat keperluan penambahbaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa, terutama dari segi perkhidmatan profesional yang berkualiti.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.