`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 4, 2020

Tengok kesan tamat kontrak Melaka Gateway, kata bekas KM

 

Gambaran artis mengenai projek Melaka Gateway yang membabitkan penambakan tiga pulau dan pembinaan pelabuhan laut dalam serta terminal pelayaran. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari memberi amaran kepada kerajaan negeri mengenai kesan penamatan kontrak projek Melaka Gateway yang bernilai RM43 bilion.

Projek itu membabitkan penambakan tiga pulau serta pembangunan pelabuhan laut dalam dan terminal kapal persiaran.

Pemaju KAJ Development Sdn Bhd berkata, pihaknya masih menunggu butiran lanjut daripada kerajaan negeri selepas menerima notis penamatan kontrak untuk malaksanakan projek.

Kerajaan negeri menyebut KAJ Development gagal menyiapkan kerja dalam masa diberikan tetapi Adly berkata, tarikh akhir yang diberikan tidak munasabah.

“Projek penambakan seluas 609 ekar dengan anggaran pelaburan sebanyak RM43 billion memerlukan tempoh masa pelaksanaan yang lebih panjang dan perancangan yang lebih strategik serta dilaksanakan fasa demi fasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau bimbang penamatan kontrak itu akan menjurus kepada tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri.

“(Ia akan) Menjejaskan keyakinan pelabur luar untuk melabur di Melaka dan (menjurus kepada) kerugian masa (dalam penyelesaian projek berkenaan) kerana beberapa kelulusan pembangunan telah pun diperoleh.”

Adly berkata, kerajaan negeri harus duduk dan berunding dengan KAJ Development berhubung perkara itu untuk memastikan projek berkenaan dapat diteruskan supaya mencipta lebih banyak peluang kerja dan memacu ekonomi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.