`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 24, 2021

11 rumah rosak akibat ribut di Kuantan

 

Pusat pemindahan tidak dibuka kerana kesemua penduduk terjejas memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing. (Gambar Angkatan Pertahanan Awam)

KUANTAN: Sebanyak 11 buah rumah di kawasan Beserah dan Pelindung rosak akibat dilanda ribut dan hujan sejak awal pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan Zaubidah Said berkata kejadian berlaku antara 5 hingga 8 pagi dengan kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pusat pemindahan juga tidak dibuka kerana kesemua penduduk terjejas memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata, APM turut menghulurkan bantuan dengan menyerahkan kit makanan kepada keluarga yang terlibat.

Sementara itu, seorang penduduk terjejas, Mohd Fairos Sidek, 43, berkata ketika kejadian kira-kira 5 pagi semalam, beliau sedang tidur sebelum tersedar dan terus mengejutkan isteri serta tiga anaknya.

Mohd Fairos yang menetap di Pelindung berkata, kejadian itu turut mengakibatkan bahagian dapur dan bilik tidur rumahnya dimasuki air.

“Kejadian ini merupakan yang kedua selepas tiga tahun, yang pertama dulu separuh bumbung rumah tercabut, kali ini lapan keping zink telah diterbangkan angin… malam semalam memang hujan tetapi saya tak sangka akan ribut kuat.

“Ruang yang dimasuki air telah dibersihkan, sekarang saya tunggu barang-barang untuk baiki atap semula dan harap ia dapat dibaiki segera kerana saya tidak bercadang untuk menumpang di rumah orang lain,” kata beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.