`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, March 31, 2021

Warga Filipina belasah lelaki hingga patah 7 gigi dicekup

 

Habibi berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

KOTA KINABALU: Pemandu kenderaan yang membelasah seorang lelaki sehingga patah tujuh giginya berjaya ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Habibi Majinji berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan Kepayan kira-kira jam 2 petang tadi.

Katanya, kereta Perodua Alza dan senjata yang digunakan iaitu sebatang cota juga berjaya dirampas bagi membantu siasatan.

“Suspek adalah warganegara Filipina dan berada di negara ini secara sah menggunakan pasport.

“Esok suspek akan dibawa ke mahkamah majistret untuk permohonan reman bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Habibi berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Suspek akan direman esok manakala mangsa kini sudah sedarkan diri dan dalam keadaan stabil,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.