`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 3, 2021

2 maut, struktur binaan di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang runtuh

 

Pasukan bomba dan penyelamat mengambil empat jam untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang.

PETALING JAYA: Dua maut, manakala tiga lagi parah selepas sebahagian struktur tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Cheras runtuh serta menghempap sebuah van yang dinaiki lima individu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang tadi membabitkan sebuah lori membawa jengkaut yang melanggar binaan SUKE berhadapan Terminal Bersepadu Selatan.

Katanya, mayat dan mangsa cedera dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM di Cheras.

“Pemandu lelaki dan dua penumpang wanita cedera, manakala dua lagi penumpang wanita meninggal dunia,” katanya kepada FMT di tempat kejadian.

Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan semua mangsa.

Bernama melaporkan mangsa pertama dikeluarkan kira-kira 9.07 malam, diikuti mangsa kedua lapan minit kemudian dan baki tiga lagi mangsa pada 9.29 malam.

Sementara itu, SUKE dalam kenyataan mengesahkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perencah besi pembinaan lebuh raya itu.

Katanya, lori treler itu tidak terbabit dalam pembinaan lebuh raya berkenaan dan kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Menurutnya, pasukan bomba sedang menyiasat kejadian itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.