JOHOR BAHRU: Pasar Borong Pandan di Kangkar Tebrau sekali lagi ditutup bermula pukul 11 malam ini sehingga 14 Mac berikutan terdapat kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaganya.
Pengarah Kesihatan Negeri Aman Rabu ketika dihubungi Bernama sebentar tadi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
Pasar itu akan beroperasi semula selepas selesai kerja-kerja sanitasi.
Pada 24 Januari lepas, pasar berkenaan turut ditutup kerana insiden yang sama.- FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.