`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 2, 2021

Hasil Cukai RM143.9 BILLION Sahaja

 



https://www.malaysianow.com/berita/2021/03/01/apple-malaysia-sertai-gergasi-lain-dalam-senarai-pembayar-cukai-terbaik-2020

  • Apple Malaysia menyertai tujuh syarikat pembayar cukai terbaik 2020
  • Apple Malaysia berada di kedudukan ketujuh 
  • Selain Apple, Aeon, Nestle, Matric Concepts, Nippon Paint pembayar cukai terbaik
  • diumumkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul 
  • LHDN berjaya kumpulkan cukai RM123.b tahun lalu 
  • tahun ini, LHDN sasaran kutipan cukai sebanyak RM143.9b 

My comments:

Tuan-tuan ingat lagi ke teori Teh Tarik Economics 101 yang saya sebut sedikit sebelum ini? 


Menteri Kewangan Tengku Zafrul kata anggaran kutipan cukai tahun ini sekitar RM144 billion.   Saiz ekonomi GDP negara pula sekitar RM1,440 Billion. 

Jadi RM144b / RM1440b = 10% sahaja kutipan cukai berbanding saiz ekonomi GDP negara.  (Kerajaan juga mengutip hasil lain seperti dividen dsbnya yang tidak termasuk kutipan cukai oleh LHDN. Juga Import Duty, Sales Tax dsbnya yang dikutip oleh Jabatan Kastam??)   

Kutipan cukai oleh Kerajaan hanya setakat buih-buih yang kita lihat dalam satu gelas teh tarik itu. Sedikit sahaja. 

Daripada Top 7 pembayar cukai dalam negara kita lima daripadanya adalah syarikat asing. Saya kurang faham kenapa Menteri tidak sebut pembayar cukai Top 10 atau Top 25 dsbnya.  

Tak kisahlah. Yang penting bagi kita lihat ialah apa sudah jadi dengan begitu banyak syarikat GLC? Kenapa mereka tidak masuk senarai Top 7 ke, Top 10 ke dsbnya? 

Yang masuk senarai pun GLC yang monopoli bahan galian. Bagaimana pula GLC monopoli yang lain-lain? Mereka lah yang 'control' industri mereka. Bagaimana pula bank-bank GLC yang menjadi oligopoli? Mereka lah yang 'makan besar' market share industri perbankan. Kenapa mereka tidak termasuk senarai pembayar cukai Top 7, Top 10 dsbnya?

Bagaimana pula syarikat gergasi GLC yang terlibat perladangan, perdagangan dsbnya? Juga tidak termasuk pembayar cukai Top 7 atau Top 10. Apa sudah jadi kepada mereka semua?

Yang paling ramai jadi pembayar cukai Top 7 ialah syarikat asing dan syarikat bukan bumiputera. 

Tuan-tuan di sini ada satu lagi gambar. Ini adalah gambar cawan teh tarik yang ada lubang bocor dibawahnya. Tiris. 




Dalam ekonomi negara kita memang berlaku terlalu banyak kebocoran atau ketirisan. 

Yang latest Menteri Kewangan kata Kerajaan akan bayar RM3.6 billion duit rakyat untuk tampal rugi syarikat penerbangan.  

Jadi kutipan cukai hanya RM144 billion. 
Tampal satu syarikat GLC saja RM3.6 billion !!

Mengikut Menteri Kewangan total "duit tampal" syarikat penerbangan itu setakat ini berjumlah RM31.6 billion !!  Semua duit itu adalah daripada kutipan cukai dan hasil kerajaan. 

Untuk satu syarikat GLC sahaja Kerajaan sudah "tampal rugi" RM31.6 B I L L I O N !! 

Bagaimana pula "tampal" kerugian lain seperti rugi RM450 juta buat projek MRT di Mekah di Arab Saudi? Atau tampal RM600 juta kerugian di Felda (tahun sudah)? 

Billion sini, billion sana, beratus juta sini, beratus juta sana, tampal sini, tampal sana, begitu banyak duit perlu dikira sehingga bateri calculator pun boleh padam.  

Habis sesudah tampal sini dan sana, berapa banyak lagi duit yang tinggal untuk majukan ekonomi bumiputera?    There is not much left lah brader.

Kutipan cukai oleh LHDN pula hanya RM144 billion, ia itu 10% sahaja daripada saiz GDP ekonomi negara sebanyak RM1,440 billion itu.  

Jadi tuan-tuan, sila ambil maklum. 
Inilah khazanah negara kita yang sebenar. 
Inilah apa yang disebut omputih sebagai "the goose that lays the golden eggs".

Ia itu syarikat, perusahaan dan perniagaan yang boleh operasi dengan baik dan efisien yang boleh mendapat untung daripada perniagaan mereka yang kemudiannya boleh menjana kutipan cukai bagi Kerajaan. Dan dengan duit cukai itulah Kerajaan boleh membuat pelbagai program untuk majukan masyarakat negara kita, terutama sekali masyarakat bumiputera.

Tuan-tuan, walaupun kutipan cukai RM144 billion itu nampak "besar dan banyak" tetapi sebenarnya ia tidak cukup. Negara kita sekarang mempunyai lebih 32 juta penduduk. Harga projek-projek pembangunan sekarang semua mahal dan tinggi gila. Projek saiz biasa pun dikira dalam berpuluh juta, beratus juta dan seringkali mencecah berbilion Ringgit.  Projek 5G yang baru dilancarkan akan makan belanja RM15.6 Billion (dalam tempoh 10 tahun).  Berbillion-billion juga.  Kutipan cukai RM144 billion itu memang tidak cukup. 

Kita perlukan lagi banyak syarikat pembayar cukai Top 7, Top 10 dsbnya yang boleh membayar lagi banyak cukai kepada LHDN. Kita perlu menjaga baik, menggalak, memupuk, membela, mengasuh lagi banyak perusahaan dan perniagaan dlam ekonomi negara kita yang boleh beroperasi dengan baik dan membuat untung. Bila mereka untung, maka kita semua akan untung.

Bukan saja syarikat yang untung menjadi pembayar cukai tetapi mereka juga sediakan peluang pekerjaan bagi anak muda kita. Itu lebih penting.

On the other hand kalau kita TIDAK TAHU atau TIDAK MAHU menjaga baik, menggalak, memupuk, membela, mengasuh syarikat-syarikat kepunyaan orang lain its ok. Tetapi jangan pi kacau bisnes mereka.

Jangan halang mereka, jangan usik mereka, jangan menggangu mereka daripada membuat bisnes mereka. Just leave them alone. Biar dia buat apa yang dia rajin dan minat usahakannya. Bila usaha mereka berjaya, kita semua boleh tumpang untung. 

Kutipan cukai RM144 Billion bagi 32 juta penduduk itu tak cukup.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.