`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 21, 2021

Kerajaan beri 110% sokongan kepada GRS, kata Muhyiddin

 

Muhyiddin (tengah) bersama pemimpin-pemimpin GRS hadir pada majlis makan malam gabungan itu di Kota Kinabalu, sebentar tadi. (Gambar Jabatan Penerangan)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan pusat akan memberikan sokongan 110% kepada kerajaan Sabah yang kini diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, sejak GRS berjaya menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) lalu, beliau sentiasa berkomunikasi dengan Ketua Menteri Hajiji Noor bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terkini negeri berkenaan.

“Sokongan kerajaan pusat kepada GRS boleh dikatakan 110%, sejak awal lagi saya berkomunikasi dengan ketua menteri kerana waktu itu belum boleh rentas negeri.

“Namun, walaupun tidak boleh datang (ke Sabah), tapi hubungan secara peribadi saya telah jalinkan untuk membolehkan Sabah diberi keutamaan,” katanya ketika berucap sempena majlis makan malam GRS.

Selain Hajiji, turut hadir ialah Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili, Presiden STAR Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Yong Teck Lee.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau yakin rakyat Sabah akan lebih terbela di bawah pemerintahan GRS dan memberi jaminan negeri itu akan diberi keutamaan terutama dalam menangani masalah rakyat.

“Saya bangga dengan kewujudan dalam kalangan pimpinan GRS dan saya harap kerjasama ini kekal agar segala usaha yang kita rancang akan memberi faedah yang sebaik-baiknya kepada seluruh rakyat Sabah.

“Saya jangka, dengan lawatan (ke Sabah) ini, saya akan diberi penerangan mengenai dasar SMJ (Sabah Maju Jaya) dan saya yakin dan percaya Sabah akan lebih terbela. Jaminan saya ialah beri keutamaan kepada masalah rakyat di Sabah,” katanya.

Terdahulu, Hajiji dalam ucapannya berkata, permuafakatan GRS amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan bagi memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.

“Kita akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu membawa suara dan perjuangan negeri serta rakyat.

“Ikhtiar kita juga akan lebih berkesan apabila kita menjadi sebahagian daripada tunjang kekuatan kerajaan persekutuan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.