`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 2, 2021

Kerajaan Sabah benar kapal NCS, kumpit beroperasi

 

Hajiji berkata, penggunaan kapal NCS dan kumpit bagi aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang telah digantung seketika sejak PKPB dilaksanakan pada 13 Okt 2020. (Bernama pic)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju membenarkan pergerakan kapal-kapal “Non-Convention Ship” (NCS) dan kumpit memasuki perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), Sabah, bermula Jumaat ini.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kebenaran juga diberikan kepada semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang bermula pada hari sama.

“Aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang merupakan salah satu aktiviti yang menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah.

“Pada umumnya, perdagangan barter dan penghantaran barang menggunakan pengangkutan kapal NCS dan kumpit bagi membawa barangan dari Sabah ke Filipina dan Indonesia serta sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji berkata, penggunaan kapal NCS dan kumpit bagi aktiviti perdagangan barter dan penghantaran barang telah digantung seketika sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 13 Okt 2020.

Katanya, dalam tempoh ini hanya kapal “Convention Ship” sahaja dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perniagaan di bawah aktiviti penghantaran barang.

“Bagaimanapun, peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti ekonomi ini berdepan kesukaran untuk menggunakan kapal “Convention Ship” memandangkan pelabuhan-pelabuhan di Selatan Filipina tidak mempunyai kemudahan untuk kapal-kapal “Convention Ship”.

“Setelah melalui penilaian dan pertimbangan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri menerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat pada 2 Mac, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pergerakan kapal-kapal NCS dan kumpit Indonesia serta Filipina yang memasuki perairan ESSZONE.

“Selain itu, semua kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti perdagangan trade dan penghantaran barang juga dibenarkan bermula 5 Mac 2021,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.