`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 20, 2021

Kerjasama antara PKS penting untuk tingkat ekonomi, kata Redzuan

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof berkata, PKS adalah jentera bagi mewujudkan pekerjaan, nilai serta inovasi, dan kerajaan memberi banyak perhatian kepada sektor itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penting bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bekerjasama antara satu sama lain kerana ia adalah enjin pertumbuhan ekonomi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, kolaborasi dalam kalangan PKS sangat penting kerana ia merupakan antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang menjadikan peranan mereka bertambah penting.

Menurutnya PKS adalah jentera bagi mewujudkan pekerjaan, nilai serta inovasi, dan kerajaan memberi banyak perhatian kepada mereka.

“Penting bagi kerajaan untuk peka dan memberi lebih banyak perhatian jika perlu, selain memberi pandangan, dan melihat bagaimana kita dapat menambah baik bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapannya di Platinum Business Awards 2020 di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya Redzuan berkata pandemik Covid-19 membawa cabaran besar kepada semua sektor, namun laluan berliku turut menanti pada tahun-tahun akan datang ke arah pemulihan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan kerajaan akan bekerja keras untuk memainkan peranan pentingnya ke arah pemulihan ekonomi.

Redzuan turut menekankan kepentingan kepada orang ramai untuk menyiapkan diri beralih ke arah digitalisasi.

Menurutnya pandemik Covid-19 menunjukkan bahawa pengusaha berjaya mengharungi cabaran pandemik itu apabila mereka dapat terus kekal berada dalam pasaran menerusi platform digital.

“Jika anda lihat.. kerajaan membelanjakan banyak wang untuk membawa ramai, terutama golongan B40, untuk terbabit dalam digitalisasi ini,” tambahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.