`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 19, 2021

Lelaki ditahan kasari pekerja selepas ditegur tak pakai pelitup muka

 

Lelaki berumur 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung kira-kira 11.30 malam Khamis. (Gambar PDRM)

LUMUT: Polis menahan seorang lelaki yang mengasari dua pekerja medan selera di Kampung Koh di sini, semalam, selepas berang ditegur supaya memakai pelitup muka semasa berada di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati kejadian pada 2.44 petang itu bermula apabila suspek yang berumur 38 tahun memasuki medan selera berkenaan secara terang-terangan tanpa memakai pelitup muka.

“Tiada kecederaan serius terhadap mangsa yang juga pekerja lelaki berumur 16 dan 17 tahun. Selepas kejadian, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sitiawan,” katanya dalam kenyataan.

Suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung kira-kira 11.30 malam, dan kini direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Omar berkata, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka sebagai sebahagian daripada SOP menangani Covid-19, suspek ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai merebak penyakit berjangkit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.