Laporan dan analisa berita ekonomi berikut diambil dari artikel ini : 1.9 Juta Graduan Kerja Dibawah Kelayakan | Ekonomi Rakyat.
Sila baca keseluruhan artikel tersebut. Saya telah membuat ringkasan dan membuat sedikit ulasan sendiri.
- "hanya 8 dari 100 peluang pekerjaan yang disediakan adalah untuk graduan"
- "pasaran buruh tidak mampu menawarkan kerja berkemahiran tinggi"
- "Perubahan dasar kunci menyelesaikan masalah"
- Jumlah graduan kerja bawah kelayakan meningkat 22% kpd 1.89 juta (4th qtr)
- peningkatan 346,000 graduan underemployed (Guna Tenaga bawah kemahiran)
- menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
- Apakah underemployment berkaitan kemahiran?
- maksudnya lulus diploma, ijazah tapi kerja separuh mahir, kemahiran rendah
- pemegang ijazah kerja kedai serbaneka
- juruterbang kerja hantar makanan
- dikategorikan underemployed
- sudah barah, 2019 1.46 juta graduan underemployed
25-34 tahun 894,000 underemployed
35-44 tahun 445,200 underemployed
- Laporan Survei Tenaga Buruh dedahkan masalah besar
- 533,700 orang kerja kurang 30 jam seminggu
- peningkatan sebanyak 230,000 (75%) banding suku keempat 2019
Ramai berpandangan pengangguran terkawal pada 4.8% (760,700)
masalah di pasaran buruh lebih besar
Kadar Penyertaan Tenaga Buruh 68.4%
ratusan ribu keluar dari pasaran buruh terutamanya wanita
graduan tidak pandai berbahasa Inggeris
tidak petah bercakap
tidak boleh berfikir dengan kritis
tidak ada peluang pekerjaan setimpal dengan kelayakan mereka
- 2019 hampir kesemua pencari kerja adalah graduan
- 90 dari 100 orang yang aktif cari kerja adalah graduan
hanya 8 dari 100 peluang pekerjaan yang disediakan adalah untuk graduan
- Data BNM kata hanya 37% pekerjaan baru kemahiran tinggi
- jumlah lepasan universiti meningkat saban tahun
- pasaran buruh tidak mampu menawarkan kerja berkemahiran tinggi
Sebaliknya, mereka menuding jari terhadap graduan
- Tenaga buruh kita paling berpendidikan dalam sejarah Malaysia
- 33.3% atau 5.05 juta tenaga buruh kita mempunyai pendidikan tertiari
- Peratusan tenaga wanita jauh lebih tinggi
- 2.58 juta (41.9%) buruh wanita graduan pendidikan tinggi
- Punca masalah adalah ketiadaan kerja
- kerajaan perlu mewujudkan pekerjaan berkualiti utk graduan
- Langkah meningkatkan upskilling tidak menyelesaikan masalah
- Kemahiran tidak memberi makna jika tiada pekerjaan
- Perubahan dasar kunci menyelesaikan masalah
- isu tidak berkesudahan ini jadi bom masa yang akan meledak
My comments :
Ok Tuan-tuan these facts and figures are really shocking. Artikel ini berdasarkan maklumat dan data yang dipetik daripada sumber rasmi (Jabatan Statistik, Bank Negara dsbnya). Jadi "facts and figures" kita tidak boleh pertikaikan walaupun saya kurang yakin 100% accuracy data Kerajaan.
Mengikut maklumat rasmi 1.9 Juta orang (yang hampir semuanya Melayu) yang lulus ijazah, diploma dsbnya tidak mempunyai pekerjaan tetap (533,000 bekerja kurang daripada 30 jam seminggu atau enam jam sehari). Atau mereka kerja jauh di bawah tahap pendidikan dan latihan mereka.
Tuan-tuan, kalaulah 1.9 Juta graduan universiti kerja kedai serbaneka dan cuci jamban bagaimana pula hampir 500,000 bebudak SPM yang juga bersaing jadi penjual burger, kerja kedai serbaneka dan cuci jamban?
Yang latest development saya lihat orang Melayu dengan kereta Toyota Fortuner pun jual nasi lemak di tepi jalan. Di kawasan lain pula satu group jejaka yang agak lengkap juga dengan kereta dan alat-alat lain menjual nasi "beriyani" kukus di tepi jalan. As I have said before apa yang orang Melayu kata nasi beriyani itu bukan nasi beriyani pun, hanya nasi "beras panjang" dihidang dengan lauk. Depa sebut saja nasi beriyani but anyway that is what their banner said.
Maksudnya orang yang berpendidikan, orang yang berkelayakan, orang yang mempunyai aspirasi hidup yang tinggi terpaksa bergelut dengan realiti mencari hidup di tepi jalan, membuat kerja buruh di kedai serbaneka, mengambil kontrak cuci jamban dsbnya. (OKlah depa sebut 'cleaning services' tapi bagi saya cuci jamban lah.)
And if this thing is not fixed urgently, percayalah bahaya :
"isu tidak berkesudahan ini akan menjadi bom masa yang akan meledak tidak lama lagi"
memang mengancam masa depan negara kita.
Inilah antara senario 'Malaysia and the Club of Doom' (buku saya yang terbit tahun 2006) yang saya telah memberi warning sejak 1990an lagi.
Menghancurkan ekonomi sesebuah negara dan seterusnya merosakkan masa depan sesuatu masyarakat tidak boleh berlaku dalam sehari atau sebulan. It takes decades to destroy a society and its economy.
Dan dalam negara kita penghancuran ekonomi dan masyarakat kita telah bermula dengan DEB atau Dasar Ekonomi Baru (yang bagi saya lebih elok disebut Dasar Ekonomi Bebal) yang telah bermula pada 1970, 51 tahun yang sudah. Tuan-tuan harus faham bahawa DEB itu bukan dasar ekonomi tetapi ianya adalah dasar politik hasil daripada kebuntuan dan kebodohan pemimpin kita yang tidak tahu macam mana cara untuk membangunkan masyarakat Melayu dan ekonomi negara. Ini termasuk Dr Mahathir yang telah memiskinkan berjuta orang Melayu dengan idea dunggu "kereta nasional". DEB hanya dasar politik perkauman. It is a just racist political idea yang bertujuan untuk kekalkan dasar politik "ketuanan Melayu".
Dan daripada awal lagi DEB ini telah menyebabkan kemunculan golongan elit Melayu, golongan kroni politik, kaum elit, orang yang ada kabel politik, ahli politik jutawan, Menteri billionaire serta anak bini mereka yang ramai yang semuanya kaya.
Dan kaum elit Melayu ini, almost 100%, jadi jutawan dan billionaire dengan makan duit rakyat. Maksudnya mereka makan taxpayers funds atau hasil Kerajaan. Inilah sumber kekayaan jutawan dan billionaire hampir kesemua golongan elit Melayu (dan mamak cerdik yang tumpang sekaki). The source of their wealth is taking from taxpayers funds.
Kepakaran terbesar mereka ialah mereka tahu nombor telefon Menteri, mereka tahu jadual Menteri Besar untuk minggu ini, mereka kenal SUSK, Pol-Sek, mereka kenal driver dan setiausaha Menteri dsbnya. Itulah kepakaran mereka yang terbesar sekali. Baru ini saya dengar ada geng kroni daripada zaman dulu sudah muncul balik. Mereka dapat kontrak bernilai satu billion Ringgit !!
Anyway sampailah kita ke hari ini. Al-kisah 1.9 juta graduan yang hampir semuanya adalah Melayu, yang terpaksa kerja 'underemployed' sebagai cashier kedai serbaneka, kontrak cuci jamban, jual nasi di tepi jalan dsbnya. Mereka mewakili orang Melayu yang tidak mempunyai kabel, tidak tahu nombor telefon Menteri dan tidak tahu jadual Menteri Besar untuk minggu ini. Mereka adalah rakyat marhaen yang tak faham apa benda pun berkenaan apa pun. Dalam bahasa Perancis golongan ini boleh disebut sebagai "hoi polloi".
hoi polloi : the masses; the common people, the multitude, the rank and file, the lower orders, the crowd, the commonality.
Hoi Polloi kita ini hidup atas belas kasihan Kerajaan juga. Mereka dapat BRIM, mereka dapat bantuan percuma daripada ustaz muallaf, atau bantuan makanan percuma Gerobok Rezeki oleh Cikgu sekolah.
Dan mereka juga dibantu oleh Majlis Perbandaran tempatan yang close-one-eye beri mereka peluang jual nasi di tepi jalan tanpa lesen, tanpa sijil Fomema, tanpa tempat buang sampah dan tanpa apa pun lah.
Semua ini adalah bread crumbs ataupun serupa memberi sedikit duit syiling kepada pengemis yang tadah tangan di tepi jalan. Sambil golongan elit makan duit rakyat dengan kemut kontrak billion Ringgit, rakyat hoi polloi pula diberi bread crumbs dan duit sedekah.
Saya juga ingin jelaskan pandangan penulis Ekonomi Rakyat yang mengatakan:
- Punca masalah adalah ketiadaan kerja
- kerajaan perlu mewujudkan pekerjaan berkualiti utk graduan
- hanya 8 dari 100 peluang pekerjaan yang disediakan adalah untuk graduan
- pasaran buruh tidak mampu menawarkan kerja berkemahiran tinggi
- Perubahan dasar kunci menyelesaikan masalah
- A Civil Servant can decide to limit the number of courier licenses to be issued.
- A Civil Servant can decide to not allow non-syariah businesses in Manjoi.
- A prime minister made the decision 'Malaysia will have FOUR oil and gas supply bases and all four must be bumiputera owned'.
- A GLC in the private hospital business can draft the Private Medical Health Care Act - thus knocking out the competition.
- Banking is a GLC controlled cartel that restricts 'credit democratisation' or 'democratisation of credit' which has slowed down business growth.
You do stupid things like that, maka 1.9 juta fraduan universiti kerja cuci jamban dan kedai serbaneka. Ambil-lah kau. PADAN MUKA.
Pada pandangan saya selepas masalah Covid selesai pun, kita tidak akan dapat atasi masalah tiada cukup peluang pekerjaan dalam negara kita. Dan mereka yang akan merasai dulu ketiadaan peluang pekerjaan ini adalah orang Melayu.
So be careful. TIGA JUTA penganggur, 1.9 juta graduan underemployed adalah bom masa (time bomb) yang sangat merbahaya dalam negara kita. YOU HAVE BEEN WARNED.
The solutions are simple. Inilah kelebihan yang sangat besar yang masih beri saya harapan dan outlook yang optimis bagi masa depan negara kita.
Bagi saya, saya sendiri tahu dan faham cara untuk majukan ekonomi negara kita bagi semua lapisan masyarakat kita, tanpa kira kaum atau bangsa. Semua orang boleh kaya. Negara kita sangat kaya. Tetapi pokok tidak akan jadi balak dengan sendiri. Balak tidak akan jadi papan dengan sendiri. Papan tidak akan jadi rumah dengan sendiri.
Kalau tiada tuan rumah, pokok kayu dalam hutan akan mati usia tua. Kalau tiada orang untuk memotong balak, rumah tidak boleh jadi. Maksudnya kita semua connected.
The headbone is connected to the shoulder bone which is connected to the backbone dsbnya. Semuanya adalah connected.
So please gunakan akal. Gunakan lojik dan common sense. Negara kita boleh cemerlang.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.