`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 27, 2021

Pengasuh warga Thailand ditahan dipercayai dera bayi

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain berkata pengasuh itu kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Seorang pengasuh warga Thailand ditahan hari ini dipercayai mendera seorang bayi perempuan berusia enam bulan di bandar raya ini, 14 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain berkata wanita berumur 29 tahun itu didapati sudah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan.

“Pada 14 Mac lepas, polis menerima satu laporan mengatakan seorang bayi perempuan berumur enam bulan disyaki didera oleh pengasuh warga Thailand.

“Mangsa (bayi) mengalami lebam dan bengkak di anggota badan serta pendarahan kecil di dalam kepala,” menurutnya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata bayi itu kini dirawat di sebuah hospital swasta dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya pengasuh itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.