`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 9, 2021

Petugas wanita IKRAM maut dijerut

 

Nik Khatijah Nik Mud adalah pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia.

KUALA LUMPUR: Seorang petugas wanita badan bukan kerajaan (NGO) ditemukan mati dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, mayat Nik Khatijah Nik Mud, 32, ditemukan seorang rakan sekerja lelakinya yang pergi ke rumah mangsa pada 9 pagi semalam sebelum dia menghubungi polis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa dan dia dipercayai dibunuh lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

“Polis mengklasifikasikan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Ismail Ahmad di talian 019-2306107 atau menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan,” kata beliau dalam kenyataan.

Sementara itu, NGO berkenaan, Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia, dalam kenyataan di laman rasminya di Facebook, menyatakan mangsa adalah pengurus Jabatan Advokasi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.