`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 25, 2021

Polis siasat jika 5 dalam nahas helikopter ada permit rentas negeri

 

Sebuah helikopter Airbus AS350 B3 yang membawa juruterbang, penolong juruterbang dan tiga penumpang berlepas dari Sungai Lembing dan terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah semalam. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Polis akan menyiasat jika individu menaiki helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Subang, Selangor semalam mempunyai permit merentas negeri untuk masuk atau keluar dari Pahang.

Ketua Polis negeri, Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini, pihaknya menerima maklumat helikopter dalam penerbangan persendirian itu membawa juruterbang, penolong juruterbang dan tiga penumpang berlepas dari Sungai Lembing, di sini, sekitar 8.30 pagi.

“Kami akan siasat jika mereka ada permit atau tidak…kami mahu mengingatkan mana-mana pihak yang ingin masuk ke Pahang untuk mendapatkan permit merentas negeri terlebih dahulu atau bersedia dikenakan kompaun.

“Peringatan ini juga terpakai kepada mereka yang menggunakan laluan udara atau laut,” katanya selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214.

Sambutan yang dirasmikan Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang, Mohd Yusri Hassan Basri.

Semalam, sebuah helikopter Airbus AS350 B3 yang dikendalikan Leopad Aviation Sdn Bhd terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.25 pagi.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan dua cedera dan tiga lagi selamat, dengan semuanya dalam keadaan stabil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.