`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 22, 2021

Tunku Azizah terseliuh kaki kiri ketika bermain golf

 

Tunku Azizah memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan.

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.

Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan beliau akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.

“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” kata Tunku Azizah di laman Instagramnya.

Beliau turut memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia telah mendapat 57,281 tanda suka setakat 10.30 malam ini.

Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.