`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 18, 2021

Umno bukan lawan tradisi DAP, soal sanggup kerjasama tak timbul, kata Loke

 

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata musuh dan lawan tradisi parti itu ialah MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC.

PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, berkata tidak timbul soal adakah DAP sanggup kerjasama dengan Umno kerana sebenarnya mereka bukan “lawan tradisi”, memandangkan kerusi yang ditandingi kedua-dua parti lazimnya tak bertindih.

Katanya, pertembungan DAP dengan Umno “amat minimum”, bahkan kali terakhir DAP dan Umno bertembung hanya sekali, iaitu di Cameron Highlands pada pilihan raya kecil Jan 2019.

“Musuh dan lawan tradisi kita ialah calon daripada MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC,” katanya dalam temubual sempena ulang tahun ke-55 DAP semalam.

Loke tidak pasti sama ada Pakatan Harapan sanggup bekerjasama Umno, mengakui gabungan itu belum membincangkan hal itu.

Di pihak DAP pula, tiada perbincangan dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 sekarang.

“Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya?…kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan,” katanya.

Di sebalik pendirian DAP adalah ia tidak akan bekerjasama dengan ahli politik yang disabit kesalahan dan digelar kleptokrat, Loke berkata kerjasama dengan Umno pernah berlaku di Perak dan Johor.

“Di Perak, kita ada perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan Umno, itu merupakan bentuk kerjasama. Di Johor ada satu kerjasama tak rasmi juga bahawa kita bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.