`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 30, 2021

Tanah status pertanian di Selangor dibenar guna untuk ladang solar

 

Setakat ini di Selangor, dua projek LLS telah dibangunkan di atas darat berkeluasan 98.34 hektar pada 2018, dan 21.45 hektar ladang solar terapung tahun lalu di Kuala Langat, kata exco. (Gambar Bernama)

KUALA LANGAT: Tanah berstatus pertanian di Selangor kini boleh dijadikan sebagai tapak untuk membangunkan projek Ladang Solar Berskala Besar (LLS) di negeri ini, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian.

Sebelum ini, kata beliau, antara ketetapan yang digariskan untuk membangunkan projek LSS adalah ia harus dibangunkan di tanah berstatus industri.

“Sebelum ini (pengusaha) mengalami masalah status tanah tapi sekarang kami mudahkan mereka iaitu status tanah pertanian boleh dibuat ladang solar,” kata beliau kepada pemberita selepas meninjau projek LLS di Kuala Langat hari ini.

Hee berkata, mana-mana pengusaha yang berminat untuk membangunkan ladang solar boleh meneliti Garis Panduan Perancangan Ladang Solar Negeri Selangor yang telah diluluskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Dis tahun lalu.

Jelasnya lagi, setakat ini di Selangor, dua projek LLS telah dibangunkan di atas darat berkeluasan 98.34 hektar pada 2018, dan 21.45 hektar ladang solar terapung tahun lalu di Kuala Langat.

“Dalam perancangan akan datang, ada dua lagi syarikat (tempatan) membuat permohonan ladang solar atas tanah di Klang dan satu lagi ladang solar terapung di Hulu Selangor.

“Kami (kerajaan negeri) telah bagi kelulusan untuk mereka buat bidaan di bawah Suruhanjaya Tenaga,” kata beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.