`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Kompaun masjid RM10,000: Pegawai kesihatan ikut garis panduan

Masjid Sri Maulana di Pekan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti disyaratkan dalam prosedur operasi standard pihak berkuasa.

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang menegaskan tindakan pegawainya mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pengurusan Masjid Sri Maulana, Pekan baru-baru ini adalah mengikut garis panduan dan tatacara sedia ada.

Pengarahnya Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, pegawai berkenaan juga menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh hemah dan sempurna.

“Sebarang usaha memperkecil tindakan dan prosedur tersebut (mengeluarkan kompaun) boleh diertikan sebagai mencabar peruntukan undang-undang yang diwartakan.

“Jabatan Kesihatan Pahang membuat laporan polis berhubung mesej yang berkisar di media sosial berkaitan isu pengeluaran kompaun itu,” katanya dalam kenyataan.

Dr Bahari Che Awang Ngah.

Pada 20 April lepas, Bahari mengesahkan pengurusan masjid berkenaan dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan seperti disyaratkan dalam prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa.

Kompaun itu bagaimanapun dibayar dengan diskaun sebanyak RM5,000.

Gambar kompaun itu tular di media sosial dan beberapa hari kemudian, gambar serta maklumat media sosial pegawai yang mengeluarkan saman tersebut juga tular dan mendapat pelbagai reaksi warganet, termasuk ada yang mengecam tindakannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.