`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Boleh kerjasama, tapi jangan ‘ponteng’ mesyuarat macam dulu, Shahidan beritahu Azlan

 

Shahidan Kassim berkata, tindakan menggantikan beliau dengan Azlan Man sebagai Pengerusi Umno Perlis tidak akan memaksanya untuk keluar parti.

KANGAR: Shahidan Kassim berharap Menteri Besar Perlis, Azlan Man, tidak lagi “ponteng” menghadiri mesyuarat Umno negeri sekiranya ikhlas untuk bekerjasama dengannya.

Shahidan juga berkata, tindakan menggantikan beliau dengan Azlan sebagai Pengerusi Umno Perlis tidak akan memaksanya untuk keluar parti.

“Persoalan adakah saya akan tinggalkan Umno itu patut ditujukan kepada orang yang baru masuk Umno kemudian diberikan habuan.

“Saya bukan kejar habuan politik tetapi saya mengejar perjuangan dalam memartabatkan Umno di mata masyarakat,” beliau dipetik berkata oleh Berita Harian.

Shahidan berkata, beliau menerima baik kenyataan Azlan untuk bekerjasama dengannya demi memantapkan Umno Perlis, namun berharap kenyataan itu bukan sekadar cakap sahaja.

“Kalau betul nak bekerjasama..itu sebagai satu yang positif. Cuma saya harap..dulu masa saya jadi pengerusi, mesyuarat selalu tak hadir. Jadi kali ini harap (Azlan) dapat hadir mesyuarat.

“Saya juga tak mahu komen pasal beberapa akar umbi Umno menolak pelantikan Azlan, yang paling penting saya nak pastikan seluruh Bahagian Arau menang dengan gagah perkasa pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau.

Shahidan adalah Ketua Umno Arau dan Ahli Parlimen Kawasan itu. Sebelum ini Azlan, yang juga Ketua Umno Bahagian Kangar, didakwa sering gagal menghadiri mesyuarat berkenaan.

Pada 24 April lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Azlan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis baharu menggantikan Shahidan.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), menolak sebarang usaha Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan PN.

Susulan penyingkirannya, Shahidan mendesak supaya pemilihan Umno diadakan sebelum akhir Jun untuk mengelak “krisis kepemimpinan”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.