`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Disyaki cabul isteri orang atas motosikal, lelaki ditahan

 

Suspek lelaki berusia 28 tahun ditahan sejam selepas kejadian pada malam Selasa lalu.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes cabul wanita di belakang sebuah pasar raya di Jalan Pengkalan Pandan, Chukai, Kemaman, Terengganu.

Dalam kejadian 9.45 malam Selasa lalu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumah, sambil ditemani suami yang mengekorinya di belakang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata mangsa tiba-tiba dihampiri sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali yang memegang dadanya sebelum memecut.

“Terkejut melihat perbuatan biadab suspek, suami mangsa yang berada tidak jauh dari lokasi nekad mengejar motosikal jenis Honda EX5 ditunggang suspek.

“Sejam kemudian, kira-kira 10.45 malam, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dan diserahkan ke Balai Polis Chukai untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Sinar Harian.

Difahamkan, kes sedemikian pernah berlaku dan Hanyan meminta kerjasama mangsa tampil membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.