`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 29, 2021

Sudah Tiba Masa Melayu Marhaen Bangkit Menentang Melayu Elit Telan Duit "AGIH"

 Artikel berikut oleh Faisal Tehrani dipetik keseluruhannya dari sini https://www.msn.com/en-my/news/berita/kayangan-yang-mabuk/ar-BB1gabhC?ocid=msedgdhp

Sila lihat komentar saya pada penghujungnya.



Kayangan tidak dapat menongkat langit tanpa lantainya; dunia kumuh (rundown). 
      Hari ini kita melihat berleluasanya kaum Kayangan menggunakan segala kesempatan ada untuk menompok (gather) kekayaan. 
        Percayalah, kekayaan yang ekstrem tidak akan dapat berlaku jika tiadanya kepapaan dan kemiskinan yang juga keterlaluan, dan mengerikan.

        Begini, mari kita kembali ke zaman lampau. Untuk kita sorot pedihnya.

        Ketika zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab, umat Islam sedang meluaskan wilayah. Perlahan-lahan banyak kawasan diterokai dan agama Islam diperkenalkan. Peluasan wilayah ini tidak hanya meramaikan jumlah penganut Islam, akan tetapi juga membawa petaka yang kurang disedari; iaitu limpahan kekayaan dari hasil mahsul bumi baharu ini; dan juga rampasan medan perang.

        Menjelang pemerintahan Khalifah Uthman Affan, kelas atasan dan bawahan orang Arab yang sebelum ini terbahagi antara kelas pedagang Quraisy dan kelas hamba bukan Quraisy berdepan dengan satu masa depan yang tidak saksama. Kekayaan yang diperolehi dari pembukaan zon-zon baharu umat Islam ini telah menciptakan kumpulan pemodal dan kelas saudagar yang luar biasa mewah.

        Kelas atau kaum Kayangan baru ini menjadi norma biasa dan terdiri dari veteran perang iaitu sahabat-sahabat Nabi Muhammad sendiri. Ada yang misalnya memiliki vila besar dengan kebun luar biasa, dan jumlah kuda yang tidak masuk akal. Pendapatan harian dari Mesir, Parsi, dan Iraq ditimbun menjadi ratus ribu dinar.

        Apabila Khalifah Ali Abi Talib diangkat menjadi pemimpin, masalah ketidakadilan dan ketidakseimbangan ekonomi ini sangat melampau dan sukar untuk baginda luruskan kembali. Sesetengah pemimpin wilayah malah membeli umat dengan wang dan segala taburan keduniaan. Korupsi berleluasa.

        Keadaan Kayangan yang menjolok mata ini disebutkan oleh Ali dalam Nahjul Balaghah yang dikenali sebagai Khutbah 129. Dalam khutbah ini, baginda berucap menjelaskan bahaya kemewahan dan keduniaan yang diuliti oleh Kayangan ini. Ia berbunyi begini:

        “Kalian tinggal di zaman ketika kebajikan merosot, kejahatan kian bertambah maju setapak demi setapak, dan syaitan menjadi lebih rakus dalam usahanya untuk membinasakan manusia. Hari ini kelengkapannya telah diperkuatkan, perangkap dan umpanan didirikan di pelbagai tempat, dan korban telah masuk perangkap terjerumus dengan mudah.

        “Kalihkan pandangan kalian; kalian akan melihat orang miskin yang nyaris tidak boleh bernafas dalam keadaannya yang amat miskin dan sengsara, atau orang kaya yang telah mengubah nikmat Allah ke dalam kekufurannya. Atau, kalian akan melihat orang yang rakus mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sendiri seraya mengabaikan perintah Allah yang dibebankan kepadanya, atau kalian akan menemui para pemberontak yang hatinya liar sehingga mereka tuli dari teguran dan nasihat.

        Di manakah orang baik, orang takwa di antara kalian? Di manakah orang yang merdeka dan dermawan? Di manakah mereka yang menghindari setiap penipuan dalam perdagangan dan menuntut kesalehan dan kejujuran dalam tindak-tanduk mereka?

        Fenomena pincang Kayangan ini disebut Ali sebagai “sakarat al-ni’mah” iaitu bermaksud “mabuk yang timbul oleh kekayaan”. Ini bukanlah satu keberkatan atau pemberian dunia yang diredhai bahkan satu bencana, kerana Ali menyebutkan dalam pidato lain, iaitu Khutbah 151, yang berbunyi begini terjemahannya:

        “Kalian, wahai bangsa Arab akan menjadi mangsa badai yang kian menghampiri. Hati-hati kalian dengan mabuk kekayaan dan takutlah oleh bencana yang menurutinya.”

        Ali kemudian di khutbah lain pula memesan, iaitu pada Khutbah 187, perihal badai atau kemabukan dunia ini:

        “Ini akan terjadi ketika kalian akan dilupakan, bukan dengan minum anggur, namun dengan kekayaan dan kesejahteraan.”

        • Ada pun kekayaan dan kesejahteraan yang dimaksudkan tentulah limpah ruah kemewahan yang pembahagiannya tidak adil. 
        • Kekayaan ini tidak terbahagi dan dilata sehingga ke bawah iaitu untuk kaum Murbawan kerana nepotisme dan diskriminasi sudah mulai menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam.

        Apabila Ali akhirnya tewas ditetak dan dibunuh dalam bulan Ramadhan, anakanda baginda, Hasan, pula cuba membetulkan; tetapi kaum Kayangan ini dengan sedaya upaya mencipta helah. Kemuncak pertembungan kelas yang menggila ini tentulah disaksikan oleh cucu Rasulullah, Hussein, yang mana apabila baginda berusaha untuk membetulkan keadaan ini, baginda telah mengalami pembunuhan yang dahsyat sekali di padang Karbala.

        Fenomena Kayangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ketidakadilan di mana kaum Murbawan ditimpa dengan pelbagai musibah dan ketidakadilan berlaku sejak dulu dan malangnya berulangan sehingga ke hari ini. 

        Peristiwa peniaga burger yang didenda besar berbanding selebriti dengan selempang hajah; atau peristiwa peniaga colek yang digasak oleh saman luar biasa bedebah selain seorang lagi peniaga runcit yang tersandar oleh kompaun raksasa lantas hilang semangat hidup ini sudah pun terlihat jauh lama dahulu.




        Gejala ulama menumpuk kekayaan seperti yang terlihat di Kota Bharu dan Kubang Kerian, bukanlah tidak terlihat di Kufah, Baghdad, dan Iskandariah satu ketika dulu.

        Ketidakadilan ini dibogelkan dalam zaman Covid-19 ini kerana wabak selalu datang untuk menanggalkan kepalsuan dan menzahirkan apa yang tersembunyi. Inilah punca program revolusioner Hussein dimusuhi dan dimomokkan sehingga hari ini. 

        Mereka mahu anda tidak tahu dan dibodohkan. Mereka suka anda kekal jahil dan dijauhkan dari sejarah. Ini supaya Kayangan dapat terus berpestaan mabuk.

        Tentu kita berasa kecewa melihat daging lembu Wellington disamakan dengan Roti John kering di bazar Ramadan, tentu juga kita berasa terkejut melihat Kayangan boleh terbang bebas ke London berbanding kita yang dipaksa peram tidak dapat menemui ibu dan ayah semata-mata atas alasan SOP dan pandemik.


        'I'm leavin' on a jet plane. Dont know when I'll be back again..'


        Ketidakadilan dan pembinaan sejahtera aplikasi komuniti Kayangan ini bukan asing dan bukan hanya terjadi dalam masyakarat Melayu sahaja. Ia dulu berlaku dalam kalangan Arab dan Parsi sekarang ia menular menjadi wabak dalam kalangan Melayu

        Kayangan ini tercipta di zaman Islam. Malah Islam ala kayangan inilah yang melindungi haji atau hajah tertentu dari sebarang kesalahan. Kaum Murbawan melihat mereka dengan rasa tidak percaya dan pengharapan agar akan ada Hero Zaman yang datang membetulkan.

        Namun kehampaan demi kehampaan, ketulian demi ketulian kekal. Islamnya kaum Kayangan ini ialah Islam yang gotong-royong menyembunyikan kejahatan mereka. Kaum melarat dan murbawan menangis pedih dan menagih bantuan yang palsu serta tidak kunjung tiba.

        Ramadan ini ramai Kayangan ditelanjangkan untuk diperlihatkan kepada kita secara polos, baik mereka itu dari kelompok bangsawan sehinggalah kepada kelompok pedagang Qarun betina yang luar biasa angkuhnya. Ramadan ini kita melihat tema-tema pokok yang disebutkan Ali itu berjejeran tersusun di depan mata.

        Rahsia kecaman Ali terhadap kaum Muslimin Kayangan di eranya itu tidak begitu kedengaran dalam khutbah Jumaat atau aksi keinsafan Jejak Rasul. Islam ala Kayangan ini terus-terusan melindungi dan menyembunyikan nasib celaka yang menimpa marhaen. 

        • Malah lebih dahsyat ada kaum Murbawan yang menjilat kaum Kayangan ini dan mempertahankannya meskipun tidak beroleh apa-apa habuan.
        • Sudah tiba masanya perlawanan yang pernah diketuai Ali terhadap Kayangan itu dipugar kembali.

        Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

        Nota penyunting/editor: Artikel ini ialah pandangan penulis, seperti yang disiarkan oleh pembekal maklumat kami, dan tidak mewakili pandangan MSN atau Microsoft.

        OSTB : Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili OutSyed The Box (ha ha ha). 

        My comments :

        Pandangan saya begini tuan-tuan.

        Kalaulah golongan haprak elit ini makan duit bapak depa sendiri then I dont have any problems with that. Kalaulah kekayaan depa itu depa dapat secara sah, jujur, adil, dengan bekerja keras, atas usaha mereka sendiri dan begitu maka biarlah saya yang mula sekali yang mengucapkan tahniah, congratulations dan semoga anda akan menjadi bertambah kaya. 

        Samada  golongan elit Melayu ini 'fly off to London ke', dia beli Rolls Royce ke, dia beli rumah mewah ke itu dia punya pasal. As long as duit depa itu duit halal yang depa dapat atas usaha yang halal, tanpa tipu orang, tanpa rasuah orang, tanpa curi dan yang SANGAT SANGAT SANGAT PENTING SEKALI BUKAN DUIT RAKYAT. Maksudnya depa boleh bersaing di pasaran, depa boleh ekspot barang buatan ke Jepun, ke Eropah, ke Amerika dsbnya dan mereka jadi kaya - that is OK.  Maksudnya duit itu memang duit depa sendiri. Duit yang depa sendiri mengusahakannya secara betul dan jujur dan dengan usaha rajin. 

        Atau mereka dapat projek dan kontrak Kerajaan secara telus, terbuka dan open tender dan mereka menyiapkan projek dengan betul dan siap ikut harga yang patut dan ikut budget. Itu semua ok.

        Tetapi terlalu ramai kaum Melayu elit ini kemut projek monopoli, lesen monopoli, letak harga tinggi-tinggi, mempunyai kroni dan kabel, melibatkan rasuah dan suap untuk telan DUIT RAKYAT. 

        MEREKA MENJADI KAYA DENGAN TELAN DUIT KITA.  DUIT RAKYAT.

        Bagi saya inilah yang juga dimaksudkan oleh penulis Faisal Tehrani dalam nukilan beliau di atas.

        Seringkali kaum elit itu jadi kaya daripada makan duit rakyat. Duit kita.

        Mungkin di zaman silam Arab, para khalifah telah memerangi perbuatan golongan elit telan duit rakyat.

        Tetapi dalam negara kita pula orang Melayu termasuk rakyat marhaen Melayu dengan RELA membenarkan kaum elit telan duit rakyat.

        Sebab itulah Faisal Tehrani sempat berkata :    Malah lebih dahsyat ada kaum Murbawan yang menjilat kaum Kayangan ini dan mempertahankannya meskipun tidak beroleh apa-apa habuan.

        Ayat ini merujuk kepada tuan-tuan orang Melayu rakyat marhaen. Kenapa tuan-tuan rela menjilat golongan elit ini? Tanpa mendapat apa-apa habuan pun?

        Jawapannya ialah tuan-tuan sudah kena brainwash dengan dasar AGIH kekayaan negara.

        Kononnya untuk 'mengurangkan jurang perbezaan ekonomi" antara entah apa lah. Maka mereka memilih perkataan canggih seperti AGIH untuk laksanakan "dasar keramat"  mengurangkan jurang perbezaan ekonomi.  Tuan-tuan pun telanlah ubat yang dijaja mereka dengan botol-botol sekali. 

        And then what happened? Apa yang terhasil daripada dasar AGIH kekayaan negara ini?  Akibatnya mereka jadi kaya dan boleh 'terbang ke London' ikut suka hati tetapi tuan-tuan pula boleh jual burger di depan rumah. Ada pula yang kena kompaun RM50,000. 

        Itulah yang sedang berlaku. 

        Untuk mengelakkan kekeliruan atau salah faham biar saya ulangi sekali lagi ok. Jika kaum elit yang kaya ini meraih jutaan duit mereka melalui usaha yang jujur dan halal, dengan kerja keras dan rajin dan seterusnya mereka jadi kaya - maka saya akan sangat sanjung mereka dengan ucapan beribu tahniah dan doa saya bagi mereka menambahkan lagi kekayaan mereka. Memang duit itu adalah duit bapak depa sendiri. They really earned their money.

        Tetapi jika mereka jadi kaya atas kemut projek dan kontrak, lesen monopoli dan duit AGIH, menerusi kroni dan kabel, rasuah dan suap maka mereka tidak berhak atas duit kita yang mereka telah telan itu. Itu bukan duit bapak depa. Duit itu adalah duit bapak kita.

        Kita maksudnya bukan satu kaum atau satu bangsa atau satu agama sahaja. Kita maksudnya duit kesemua rakyat negara ini. Rakyat negara yang berniaga siang sampai malam, yang bekerja, bertani, berpeluh, berpenat, yang terpaksa membayar segala jenis cukai dan hasil kepada Kerajaan, kepada Kerajaan negeri, kepada Kerajaan Tempatan, cukai impot kereta yang tertinggi di dunia, cukai pintu, cukai tanah, sales tax, cukai jalan, income tax, corporate tax, eksais pekerja asing, levi barang impot dan berpuluh lagi jenis hasil yang dikutip oleh pihak berkuasa.  Semua itu adalah duit kita.

        Tetapi mengikut dasar AGIH kekayaan negara pula, duit yang diperah daripada rakyat ini disalurkan dengan sangat banyak kepada golongan elit - majoritinya Melayu juga. Maka terjadilah Melayu elit - yang menjadi elit bukan atas usaha duit bapak dia sendiri. Sebaliknya dia jadi kaya dengan memakan DUIT BAPAK KITA. 

        Tuan-tuan pula boleh lah jual burger. Silap haribulan, boleh kena kompaun pula tu.

        Keadaan ini boleh terjadi sebab tuan-tuan masih terlena. Tidur berdengkur. 

        Tuan-tuan perlu celik, buka mata, bangkit dan beritahu mereka S T O P.



        Senang saja. Tak payahlah kita bertombak, berpedang, berdemonstrasi dsbnya. Kita bukan Arab ok. Just say STOP.  Cukuplah. Enough is enough.  

        Kita perlu tukar banyak dasar yang tidak betul dalam negara ini.

        Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

        No comments:

        Post a Comment

        Note: Only a member of this blog may post a comment.